Pembentukan istilah sains kesihatan oleh pengguna dalam teks umum bahasa Melayu
Kemunculan istilah dalam pelbagai bidang menyumbang kepada pengayaan kosa kata bahasa Melayu dan amat penting dalam menyokong perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Namun, kajian istilah dalam teks umum bahasa Melayu masih agak kurang. Kebanyakan kajian lebih memberikan tumpuan kepada as...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/15723/1/38670-135001-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/15723/ http://ejournals.ukm.my/gema/issue/view/1304 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kemunculan istilah dalam pelbagai bidang menyumbang kepada pengayaan kosa kata bahasa
Melayu dan amat penting dalam menyokong perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa
ilmu. Namun, kajian istilah dalam teks umum bahasa Melayu masih agak kurang. Kebanyakan
kajian lebih memberikan tumpuan kepada aspek pembentukan istilah serta aspek
keberterimaan istilah. Selain itu, fenomena lambakan istilah asing dalam kosa kata bahasa
Melayu, khususnya dalam bidang sains dan teknologi juga menunjukkan bahawa masyarakat
kini sering mencipta istilah secara mudah melalui penyerapan istilah asing untuk keperluan
semasa. Justeru, kajian ini menghuraikan pembentukan istilah dalam teks bidang perubatan
(sains kesihatan) bahasa Melayu. Objektif pertama adalah untuk mengenal pasti istilah sains
kesihatan dalam teks umum, iaitu akhbar. Kaedah yang digunakan dalam mengenal pasti istilah
adalah dengan membuat perbandingan antara istilah dalam teks umum dan bank data istilah
sedia ada, iaitu istilah dalam Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pendekatan takrif analisis digunakan untuk menjelaskan istilah dalam teks melalui perkataanperkataan yang dijadikan petunjuk oleh penulis teks umum. Objektif kedua adalah untuk
menghuraikan korpus istilah dari segi kekerapan kemunculan istilah dalam korpus umum
bahasa Melayu. Seterusnya, perkaitan istilah dengan istilah sedia ada pula dihuraikan
berdasarkan bentuk istilah yang dihasilkan serta huraian dalam teks yang dikaji. Kajian ini
menggunakan kaedah analisis teks yang melibatkan korpus teks bidang perubatan (sains
kesihatan) daripada akhbar dalam talian, iaitu Berita Harian, Harian Metro, Utusan, Kosmo,
dan Info Sihat dari Januari 2015 hingga Februari 2018, melibatkan 41000 patah perkataan.
Sistem penganalisis teks TextStat digunakan untuk memaparkan data kajian dalam bentuk
kekerapan kata dan konkordans untuk pengenalpastian istilah. Kajian ini telah
mendokumentasi istilah perubatan sains kesihatan bahasa Melayu yang pelbagai oleh
pengguna bidang berkaitan dan kaedah pembentukannya. Kajian ini berguna untuk
membuktikan bahawa istilah yang dicipta oleh pengguna secara cepat melalui teks umum dapat
mengisi keperluan istilah standard dalam bidang sains kesihatan. |
---|