Penguasaan kosa kata bahasa arab menerusi pengetahuan makna dan penggunaannya

Artikel ini mengemukakan analisis penguasaan morfologi Arab menerusi bidangnya, iaitu leksikologi. Leksikologi ialah keupayaan dan penguasaan kosa kata aspek pengetahuan makna dan penggunaannya. Dua aspek penguasaan tersebut merupakan faktor utama bagi seseorang pelajar yang mahu menguasai bahasa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hasnurol Hashim,, Kaseh Abu Bakar,, Maheram Ahmad,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/15690/1/44179-141877-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/15690/
http://ejournals.ukm.my/malim/issue/view/1351
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini mengemukakan analisis penguasaan morfologi Arab menerusi bidangnya, iaitu leksikologi. Leksikologi ialah keupayaan dan penguasaan kosa kata aspek pengetahuan makna dan penggunaannya. Dua aspek penguasaan tersebut merupakan faktor utama bagi seseorang pelajar yang mahu menguasai bahasa, dan dalam konteks kajian ini ialah pembelajaran bahasa Arab yang merupakan bahasa kedua atau bahasa asing di Malaysia. Masalah yang sering dihadapi oleh pelajar bahasa Arab adalah berpunca daripada kegagalan mengetahui makna kosa kata yang merupakan perkara asas dalam mempelajari apa jua bahasa. Kajian ini bertujuan (1) mengenal pasti tema kajian lepas berkaitan pembelajaran morfolologi menerusi dimensi bidang leksikologi, (2) memperlihatkan kelompangan yang terdapat dalam kajian-kajian lepas berkaitan pengetahuan makna kosa kata dan penggunaannya, dan (3) mengamati isu yang boleh dijadikan kajian baru pada masa akan datang. Kajian ini merupakan satu kajian kualitatif yang menggunakan kaedah kepustakaan untuk mendapat data. Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis secara deskriptif. Kajian ini juga menggunakan reka bentuk tematik yang merupakan satu metode yang mudah diamati dan difahami. Hasil kajian mengemukakan lebih 100 kajian berkaitan pengetahuan makna dan penggunaan kosa kata menerusi pembelajaran dan pengajaran morfologi. Implikasi kajian ini dapat memberi penemuan baru menerusi dimensi leksikologi khususnya dalam pembelajaran morfologi Arab.