Pemikiran kebahagiaan menurut Aristotle dan Ibnu Miskawayh: satu analisis awalan

Kebahagiaan merupakan salah satu topik utama yang mendominasi wacana falsafah etika. Konsep kebahagiaan mula dibincangkan sejak munculnya perbincangan falsafah iaitu pada zaman Yunani klasik seperti yang dibincangkan oleh Aristotle dalam buku Nicomachean Ethic, sehingga dibincangkan dalam tamadun...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Annas Shafiq Ayob,, Mohd Norazri Mohamad Zaini,, Faridah Mohd Sairi,, Noor Syahida Md Soh,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/15682/1/44164-141869-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/15682/
http://ejournals.ukm.my/malim/issue/view/1351
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kebahagiaan merupakan salah satu topik utama yang mendominasi wacana falsafah etika. Konsep kebahagiaan mula dibincangkan sejak munculnya perbincangan falsafah iaitu pada zaman Yunani klasik seperti yang dibincangkan oleh Aristotle dalam buku Nicomachean Ethic, sehingga dibincangkan dalam tamadun Islam oleh beberapa ahli falsafah Islam seperti Ibn Miskawayh dalam Tahdhib al Akhlaq. Kedua tokoh tersebut mempunyai pendekatan yang berbeza berkaitan konsep kebahagiaan. Justeru, kajian ini menganalisis makna dan cara mencapai kebahagiaan yang telah dibincangkan menurut perspektif dua orang tokoh pemikir tersebut berdasarkan hasil penulisan mereka. Penelitian ini mengetengahkan metode perbandingan makna dan cara mencapai kebahagiaan. Hasil kajian mendapati wujud persamaan dan perbezaan dalam konsep kebahagiaan di antara Aristotle dan Ibn Miskawayh dalam beberapa aspek tertentu. Eudaimonia, merupakan konsep yang dibincangkan melalui perbincangan menerusi pencarian Aristotle melalui persoalan yang menjadi tumpuan manusia iaitu apakah yang menjadi tujuan akhir dan kebaikan yang tertinggi dalam kehidupan manusia. Selain itu, kebahagiaan dapat dicapai melalui aspek pemilihan dan pengawalan tingkah laku serta perbuatan dalam kesederhanaan serta hubungan nalaran yang telah dibincangkan oleh Aristotle dan Ibnu Miskawayh melalui kaitan dan perbezaannya.