Perebutan wilayah dalam Perang Balkan Kedua (1913) dan campur tangan kuasa-kuasa besar Eropah

Masalah dalam kalangan kuasa-kuasa kecil di Balkan pada 1912 tidak dapat diselesaikan menerusi Perjanjian London 1913. Ini kerana ahli-ahli Liga Balkan yang terdiri daripada Serbia dan Bulgaria tidak mahu menerima keputusan perjanjian London. Kedua-duanya berpendapat mereka dipaksa untuk menanda...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Azlizan Mat Enh,, Rohani Abdul Ghani,, Zubaidah VP Hamzah,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/15639/1/39006-123835-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/15639/
http://ejournals.ukm.my/jebat/issue/view/1260
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Masalah dalam kalangan kuasa-kuasa kecil di Balkan pada 1912 tidak dapat diselesaikan menerusi Perjanjian London 1913. Ini kerana ahli-ahli Liga Balkan yang terdiri daripada Serbia dan Bulgaria tidak mahu menerima keputusan perjanjian London. Kedua-duanya berpendapat mereka dipaksa untuk menandatangani perjanjian tersebut oleh kuasa besar Eropah. Perjanjian tersebut dilihat oleh Bulgaria sebagai membawa banyak kebaikan dan kelebihan kepada Serbia di Balkan. Ketidakpuasan Bulgaria telah mencetuskan satu lagi konflik di Balkan yang dikenali sebagai Perang Balkan Kedua pada tahun 1913. Sekiranya dalam Perang Balkan Pertama, Pakatan Liga Balkan terdiri daripada Serbia, Bulgaria dan Montenegro menentang kerajaan Bani Uthmaniah, tetapi dalam Perang Balkan Kedua, menyaksikan peperangan antara Serbia dan Bulgaria. Justeru, objektif artikel ini ialah untuk menganalisis masalah-masalah yang menyebabkan konflik dalam hubungan Serbia-Bulgaria dan menganalisis campur tangan kuasa-kuasa Besar Eropah menangani kemelut tersebut. Metodologi yang digunakan untuk mendapatkan data adalah berdasarkan kaedah kualitatif iaitu kajian ke atas sumber primer yang berasaskan rujukan rekod-rekod British yang diperolehi di Public Record Office, Kew, London. Artikel ini mendapati bahawa punca utama yang mencetuskan konflik dalam hubungan Serbia-Bulgaria 1913 adalah disebabkan isu perebutan ke atas Macedonia dan campur tangan kuasa besar Eropah.