Pembinaan pelabuhan laut dalam di Singapura di bawah pentadbiran Singapore Harbour Board, 1913-1929
Fokus utama artikel ini bertujuan untuk mengkaji pembinaan sebuah pelabuhan laut dalam di Singapura semasa di bawah pentadbiran British antara tahun 1913 hingga 1929. Sepanjang tempoh tersebut pihak British telah membangunkan sebuah pelabuhan laut dalam yang dikendalikan oleh Singapore Harbour B...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/15638/1/39005-123833-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/15638/ http://ejournals.ukm.my/jebat/issue/view/1260 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Fokus utama artikel ini bertujuan untuk mengkaji pembinaan sebuah
pelabuhan laut dalam di Singapura semasa di bawah pentadbiran
British antara tahun 1913 hingga 1929. Sepanjang tempoh tersebut
pihak British telah membangunkan sebuah pelabuhan laut dalam
yang dikendalikan oleh Singapore Harbour Board setelah mengambil
alih pentadbiran terdahulu dari Tanjong Pagar Dock Board. Ini
disebabkan persaingan sengit yang dihadapi dari pelabuhanpelabuhan lain di rantau Asia Tenggara dan Asia Timur seperti
pelabuhan Sabang, Surabaya dan Tanjung Priok di Indonesia dan
pelabuhan Hong Kong dalam menyediakan kemudahan infrastruktur
pelabuhan yang terbaik di rantau ini. Objektif utama kajian ini
adalah untuk mengkaji peranan pihak British dalam membangunkan
pelabuhan laut dalam di Singapura. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa pelaburan yang tinggi diperlukan oleh British untuk membina
sebuah pelabuhan laut dalam termasuk kerja-kerja reklamasi tanah
dan kerja-kerja pengorekkan di pelabuhan Keppel. Metodologi
kajian yang digunakan adalah kaedah penyelidikan sejarah terutama
dalam pengunaan sumber-sumber utama seperti surat-menyurat dari
Colonial Office (C.O) dan Laporan Tahunan dari Negeri-Negeri Selat
berkaitan perdagangan, perkapalan dan pembangunan pelabuhan.
Akhirnya kajian ini mendapati bahawa sebelum tahun 1930 pihak
British telah berjaya membina sebuah pelabuhan laut dalam di
Singapura yang bukan sahaja berfungsi sebagai sebuah pelabuhan
entrepot utama di Asia Tenggara, tetapi juga turut menyediakan
perkhidmatan membina dan membaiki kapal yang terbaik terutama
bagi kapal-kapal British di rantau ini. |
---|