Pendefinisian pluralisme agama dalam konteks Malaysia

Istilah “Pluralisme Agama” yang digunakan dalam Bahasa Melayu sering menimbulkan kontroversi dalam kelompok pemikir dan ahli politik. Sebahagian pihak mengatakan ia adalah terjemahan kepada religious plurality iaitu kepelbagaian agama, manakala sebahagian lagi pihak mengatakan ia adalah terjemahan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nur Farhana Abdul Rahman,, Khadijah Khambali@Hambali,, Nur Solehah Shapiee,, Nur Ashilah Kahar,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/15579/1/36937-116487-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/15579/
http://ejournals.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1241
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Istilah “Pluralisme Agama” yang digunakan dalam Bahasa Melayu sering menimbulkan kontroversi dalam kelompok pemikir dan ahli politik. Sebahagian pihak mengatakan ia adalah terjemahan kepada religious plurality iaitu kepelbagaian agama, manakala sebahagian lagi pihak mengatakan ia adalah terjemahan kepada istilah religious pluralism yang membawa kepada kecenderungan kesatuan kebenaran agama. Pemahaman di antara kepelbagaian agama dan kesatuan agama menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat Muslim khasnya kecelaruan makna istilah-istilah tersebut berkait dengan kedudukan agama Islam yang memiliki kebenaran yang nyata. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan garis panduan asas dalam mencari limitasi antara pengiktirafan kepelbagaian agama atau kesatuan kebenaran agama. Hasil awal kajian mendapati terdapat empat persoalan asas yang boleh digunakan untuk menjadi antara asas saringan untuk membezakan pemikiran yang membawa kepada pengiktirafan kepelbagaian agama atau pengiktirafan kesatuan kebenaran agama iaitu melalui pandangan mereka terhadap punca kewujudan agama, padangan terhadap peranan dan kedudukan agama-agama lain, pandangan terhadap untuk hidup harmoni dan yang paling penting adalah pandangan terhadap keperluan berdakwah kepada selain agama yang dianuti.