Wanita dan cinta dalam kumpulan cerpen Masitah

Wanita dan cinta merupakan gandingan yang begitu mengasyikan dan sering mendapat tempat di hati penulis. Kecantikan wanita dan kemanisan cinta seakan tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain dan terikat dengan elok dalam tiga buah cerpen yang menggambarkan budaya masyarakat Cina dan terakam inda...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yusmilayati Yunos,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/15535/1/43495-139757-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/15535/
http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1344
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Wanita dan cinta merupakan gandingan yang begitu mengasyikan dan sering mendapat tempat di hati penulis. Kecantikan wanita dan kemanisan cinta seakan tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain dan terikat dengan elok dalam tiga buah cerpen yang menggambarkan budaya masyarakat Cina dan terakam indah dalam Kumpulan Cerpen Masitah. Namun kecantikan dan kemanisan cinta tidak selalu berpanjangan kerana mereka turut menjadi mangsa dalam pelbagai konflik percintaan, pertaruhan dalam perjudian dan adakalanya berakhir dengan kematian. Cerpen ‘Antara Rindu Xiang Si Dou’, ‘Kesuma Cinta Meigue’ dan ‘Cerita Si Kembang Cina’ digarap dengan cantik melalui perlambangan yang menggambarkan budaya masyarakat Cina yang menjadi sebahagian besar penduduk di negara ini. Nilai persahabatan, perpaduan kaum dan kasih sayang yang terdapat dalam cerpen berkenaan memperlihatkan eratnya hubungan budaya masyarakat Cina dan Melayu. Manakala cerpen “Dari Bumble Bee ke Boy’s Room” pula mengisahkan pemerintah di Singapura menjaga kadar pertumbuhan penduduk melalui bank sperma. Penulisan makalah ini sepenuhnya menggunakan kaedah analisis isi kandungan disamping temu bual bersama penulis cerpen. Tulisan ini bertujuan melihat pengorbanan sosok wanita dalam menjalani kehidupan sebagai seorang ibu, isteri, anak dan sahabat malah turut berperanan sebagai guru dalam sebuah institusi kekeluargaan. Antara persoalan menarik yang cuba diungkapkan di dalam tulisan ini ialah mengapa watak wanita diutarakan dalam cerpen-cerpen tersebut sehingga penulis mengadun ceritanya dengan baik dan memasukkan pelbagai elemen suka duka dalam kehidupan wanita. Terdapat satu penemuan menarik dalam tulisan ini iaitu dalam setiap cerpen yang dipaparkan pasti terselit cerita berkenaan warna merah, namun warna tersebut digambarkan dalam pelbagai rupa dan bentuk yang berbeza.