Pentadbiran British di Sabah: kesejahteraan anak negeri melalui penubuhan Mahkamah Anak Negeri 1884-1965
Undang-undang adat istiadat di Sabah memainkan peranan yang penting dalam mengatur cara hidup masyarakat anak negeri yang terdiri daripada pelbagai suku dan budaya. Justeru, pentadbiran Syarikat Borneo Utara British (BNBCC) di Sabah tidak campur tangan dalam urusan hukum adat masyarakat tempatan. Ol...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/15523/1/33241-120423-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/15523/ http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1245 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Undang-undang adat istiadat di Sabah memainkan peranan yang penting dalam mengatur cara hidup masyarakat anak negeri yang terdiri daripada pelbagai suku dan budaya. Justeru, pentadbiran Syarikat Borneo Utara British (BNBCC) di Sabah tidak campur tangan dalam urusan hukum adat masyarakat tempatan. Oleh itu, bagi menjamin kebajikan dan keistimewaan masyarakat anak negeri Sabah, Mahkamah Anak Negeri telah ditubuhkan bagi mengendalikan hal ehwal anak negeri Sabah dari aspek perundangan adat. Artikel ini akan menganalisis kepentingan yang membawa kepada faktorfaktor utama penubuhan Mahkamah Anak Negeri ini kepada anak negeri Sabah. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan. Melalui kaedah ini, data-data yang diperolehi untuk menghasilkan artikel ini adalah daripada sumber-sumber pertama yang terdapat di Arkib Negeri Sabah dan dokumen-dokumen Mahkamah Anak Negeri. Hasil dapatan kajian ini mendapati penubuhan Mahkamah Anak Negeri adalah disebabkan beberapa faktor iaitu pengaruh undangundang adat, menjimatkan kos pentadbiran BNBCC, Piagam Diraja 1881 serta pertambahan populasi penduduk. |
---|