Profil literasi alam sekitar: perspektif pelajar sekolah menengah di Tawau, Sabah

Literasi alam sekitar (LAS) merupakan matlamat dalam kurikulum Pendidikan Alam Sekitar (PAS). Manakala, membentuk tingkah laku yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar merupakan matlamat akhir PAS. Semenjak Deklarasi Tbilisi (1977), PAS di Malaysia masih lagi dilaksanakan di sekolah secara merent...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ahmadi Abd Wahab,, Mohammad Tahir Mapa,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/15517/1/36048-120411-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/15517/
http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1245
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Literasi alam sekitar (LAS) merupakan matlamat dalam kurikulum Pendidikan Alam Sekitar (PAS). Manakala, membentuk tingkah laku yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar merupakan matlamat akhir PAS. Semenjak Deklarasi Tbilisi (1977), PAS di Malaysia masih lagi dilaksanakan di sekolah secara merentas kurikulum. Setelah 42 tahun deklarasi tersebut, perlunya kajian menyeluruh untuk menyediakan data tentang tahap literasi alam sekitar pelajar di Malaysia. Ia penting untuk menilai keberkesanan amalan PAS dan seterusnya menilai pencapaian matlamat membentuk tingkah laku bertanggungjawab alam sekitar dalam kalangan pelajar. Justeru itu, kajian ini dilaksanakan untuk menilai profil LAS (domain dan komponen) pelajar mengikut gender. Tahap profil LAS pelajar mengikut domain dan gender turut dinilai dalam kajian ini. Akhirnya, penilaian tahap keseluruhan LAS pelajar sekolah menengah di Tawau, Sabah turut dilaporkan. Kajian ini dilaksanakan secara tinjauan menggunakan Cross-Sectional Survey. Responden kajian melibatkan 12 buah sekolah menengah kategori bandar. Seramai 328 orang pelajar tingkatan empat dipilih secara persampelan rawak berstrata mengikut nisbah. Data dikumpul menggunakan borang soal selidik dan dianalisis menggunakan ujian-t, Mann-Whitney U dan skor min. Hasil kajian mendapati profil domain kemahiran, afektif dan tingkah laku alam sekitar pelajar lelaki lebih tinggi berbanding pelajar pelajar perempuan. Sementara itu, profil komponen kesanggupan terlibat dan kemahiran mengatasi masalah alam sekitar pelajar lelaki adalah lebih tinggi berbanding pelajar perempuan. Pelajar lelaki juga didapati mempunyai tahap LAS yang lebih tinggi berbanding pelajar perempuan. Domain kemahiran alam sekitar mencatat nilai skor min paling tinggi. Sebaliknya, domain tingkah laku alam sekitar mencatat nilai skor yang paling rendah. Secara keseluruhannya, LAS dalam kalangan pelajar adalah sederhana. Justeru itu, bagi mencapai matlamat akhir PAS untuk membentuk tingkah laku bertanggungjawab terhadap alam sekitar, pendidikan alam sekitar di peringkat sekolah perlu diperkasakan.