Cabaran projek tanaman cendawan sebagai asas transisi kerjaya keusahawanan agro kepada Murid Berkeperluan Khas Bermasalah Pembelajaran

Pandangan masyarakat yang rendah dan menghadkan peluang Orang Kelainan Upaya (OKU) untuk diintegrasi dalam organisasi pekerjaan menyebabkan mereka berada dalam kancah kemiskinan. Golongan ini perlu diberi pendedahan seawal pendidikan formal bagi membina kemahiran vokasional, terutamanya aspek keusah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rosmiza M.Z,, Mimi Halida Ghazali,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/15516/1/34197-120409-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/15516/
http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1245
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pandangan masyarakat yang rendah dan menghadkan peluang Orang Kelainan Upaya (OKU) untuk diintegrasi dalam organisasi pekerjaan menyebabkan mereka berada dalam kancah kemiskinan. Golongan ini perlu diberi pendedahan seawal pendidikan formal bagi membina kemahiran vokasional, terutamanya aspek keusahawanan. Pendedahan ini bakal membentuk jati diri, sikap berdikari serta sifat keusahawanan agar mereka berupaya meneruskan kerjaya sebagai usahawan yang berdaya saing. Bagi merealisasikannya, Program Transisi Kerjaya (PTK) dalam bidang keusahawanan agro melibatkan kolaborasi Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Seri Pulau, Pulau Pinang dan sekolah-sekolah terpilih di Pulau Pinang diusahakan. Program ini memfokus kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK) Bermasalah Pembelajaran (BP) dalam Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Sokongan utama daripada pihak pentadbir sekolah, guru dan ibu bapa amat penting terhadap kelangsungan program ini. Persoalannya, trend penyertaan oleh pihak sekolah kurang memberangsangkan, malah terdapat sekolah yang tidak meneruskannya lagi. Oleh itu, kajian dilakukan untuk menilai cabaran yang dihadapi dalam mengusahakan projek cendawan kepada MBK BP ini. Reka bentuk kajian kualitatif dijalankan terhadap 14 informan melibatkan guru Pendidikan Khas di 14 buah sekolah PPKI yang terlibat dengan projek cendawan. Terdapat beberapa cabaran yang menjejaskan program ini antaranya kurangnya sokongan pihak pentadbir, guru tidak diberi latihan sewajarnya dan kurangnya sokongan ibu bapa. Selain itu, penyediaan infrastruktur yang kurang sempurna dan peruntukan modal turut memberi cabaran kepada kelangsungan program transisi kerjaya ini. Sokongan padu daripada pihak berkepentingan dilihat berupaya mengembangkan PTK ini. Selain membuka ruang pekerjaan sebagai agropreneur kepada golongan OKU, program ini mampu menjana ekonomi negara melalui sub sektor industri cendawan.