Perkembangan politik era Malaysia baharu: pandangan eksklusif belia terpelajar

Artikel ini memfokuskan perbincangan tentang pandangan golongan belia terpelajar terhadap perkembangan politik di Malaysia khususnya dalam era Malaysia Baharu hari ini. Golongan belia terpelajar adalah generasi pewaris negara pada masa hadapan. Mereka bukan sahaja menjadi pemangkin pembinaan negara...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Mahadee Ismail,, Azlina Abdullah,, Nor Azlili Hassan,, Mohd Sabri Md Nor,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/15508/1/38564-125946-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/15508/
http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1256
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini memfokuskan perbincangan tentang pandangan golongan belia terpelajar terhadap perkembangan politik di Malaysia khususnya dalam era Malaysia Baharu hari ini. Golongan belia terpelajar adalah generasi pewaris negara pada masa hadapan. Mereka bukan sahaja menjadi pemangkin pembinaan negara dan bangsa, tetapi mereka juga adalah kumpulan yang bakal mencorakkan hala tuju politik dan kepimpinan negara di masa depan. Sementara itu, era Malaysia Baharu telah ditonjolkan selepas berlakunya pertukaran kerajaan daripada kepimpinan Barisan Nasional yang menerajui pemerintahan negara semenjak kemerdekaan negara kepada kerajaan baru Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu. Malaysia Baharu dikatakan membawa ‘nafas baru’ angin perubahan dalam segenap aspek kehidupan merangkumi hal ehwal politik, pembangunan ekonomi dan pemerkasaan sosiobudaya ke arah yang lebih baik berbanding dengan era sebelumnya. Sehubungan dengan itu, satu kajian khusus telah dilaksanakan dalam kalangan belia terpelajar iaitu mahasiswa universiti awam di Semenanjung Malaysia yang bertujuan untuk mengenal pasti pandangan mereka terhadap perkembangan politik yang berlaku dalam negara ini. Kajian ini menggunakan kaedah Teknik Berkumpulan Nominal (NGT), Perbincangan Kumpulan Berfokus (FGD) dan kaedah tinjauan menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik diedarkan kepada 800 orang responden belia terpelajar pelbagai etnik. Hasil kajian menunjukkan wujud variasi pandangan berdasarkan kumpulan etnik terhadap perkembangan politik semasa. Golongan belia terpelajar etnik Melayu didapati lebih objektif dalam mengemukakan pandangan mereka, manakala golongan belia terpelajar etnik Cina dan India pula didapati lebih positif dalam menunjukkan sokongan terhadap pemerintahan di era Malaysia Baharu ini.