Analisis penilaian iklim keselamatan pekerja di bahagian operasi sistem pengangkutan rel bandar Malaysia

Tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi sistem pengangkutan rel tidak boleh diabaikan disebabkan perkhidmatannya melibatkan pelbagai pihak berkepentingan terutamanya orang awam dan pekerja. Sehubungan dengan itu, konsep iklim keselamatan pekerja diperkenalkan sebagai alternatif baru bagi meng...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Kadir Arifin,, Norfadillah Derahim,, Kadaruddin Aiyub,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/15503/1/38572-125941-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/15503/
http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1256
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi sistem pengangkutan rel tidak boleh diabaikan disebabkan perkhidmatannya melibatkan pelbagai pihak berkepentingan terutamanya orang awam dan pekerja. Sehubungan dengan itu, konsep iklim keselamatan pekerja diperkenalkan sebagai alternatif baru bagi mengenal pasti sejauh mana keberkesanan usaha organisasi dalam mengurus isu ini dari sudut persepsi pekerja. Kajian ini dilaksanakan bagi menganalisis penilaian iklim keselamatan pekerja menerusi tiga konstruk utama iaitu iklim keselamatan organisasi, iklim keselamatan penyelia dan iklim keselamatan rakan sekerja serta hubungan di antaranya. Kajian menggunakan kaedah kuantitatif melalui instrumen soal selidik melibatkan sejumlah 226 pekerja di dua buah organisasi pengendali pengangkutan rel bagi kawasan Klang Valley/Greater KL. Ujian deskriptif dan ujian inferensi melalui penilaian Korelasi Pearson diaplikasikan dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa iklim keselamatan pekerja adalah berada di tahap sederhana (min= 3.53). Konstruk iklim keselamatan penyelia merupakan konstruk yang berskor paling tinggi (min = 3.68) diikuti dengan iklim keselamatan rakan sekerja (min = 3.51) dan iklim keselamatan organisasi (min = 3.39). Ujian Korelasi Pearson menunjukkan kesemua konstruk mempunyai hubungan yang tinggi dan signifikan (r ≥ 0.537). Dapat disimpulkan bahawa ketiga-tiga figura iaitu organisasi, penyelia dan rakan sekerja mempunyai peranan penting dalam meningkatkan tahap iklim keselamatan pekerja. Hasil kajian boleh dijadikan panduan kepada organisasi bagi meningkatkan lagi kualiti keselamatan dan kesihatan pekerjaan terutamanya bagi organisasi pengendali sistem pengangkutan rel bandar di Malaysia.