Naratif sosiologi tingkah laku bunuh diri dalam kalangan warga emas

Bunuh diri dianggap sebagai perbuatan yang tidak bermoral dan boleh dianggap sebagai perbuatan jenayah oleh sebahagian masyarakat. Naratif sosiologi pula melihat bunuh diri bukan hanya disebabkan oleh sakit mental yang dihidapi oleh individu tersebut, namun turut disebabkan oleh pengaruh persekitara...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Novel Lyndon,, Noor Suleeyia Sulaiman,, Nurhafizah Yusoff,, Mohd Fuad Mat Jali,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/15500/1/38573-125939-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/15500/
http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1256
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Bunuh diri dianggap sebagai perbuatan yang tidak bermoral dan boleh dianggap sebagai perbuatan jenayah oleh sebahagian masyarakat. Naratif sosiologi pula melihat bunuh diri bukan hanya disebabkan oleh sakit mental yang dihidapi oleh individu tersebut, namun turut disebabkan oleh pengaruh persekitaran sosial dan faktor-faktor yang lain. Justeru itu, objektif utama kajian ini ialah untuk meneliti faktor-faktor yang merangsang warga emas mempunyai perasaan untuk membunuh diri. Kajian ini juga turut meneliti sejauhmanakah rangsangan ini timbul disebabkan oleh perubahan yang berlaku dalam persekitaran sosial mereka kesan daripada proses modenisasi dan industrialisasi. Kajian ini menggunakan pendekatan fenomenologi melalui teknik pengumpulan data secara kualitatif. Sejumlah 20 orang informan telah dipilih menggunakan teknik persampelan bertujuan yang terdiri daripada 10 lelaki dan 10 wanita daripada etnik Melayu, Cina dan India. Kesemua informan ini telah ditemubual secara mendalam dan data telah dianalisa menggunakan perisian Nvivo. Hasil kajian mendapati terdapat lima faktor utama yang mendorong warga emas untuk membunuh diri yang terdiri daripada faktor masyarakat dan budaya, sokongan sosial, kepercayaan terhadap agama, pengaruh ekonomi dan status sosio-ekonomi dan kemurungan akibat daripada perubahan dalam persekitaran sosial mereka. Kesimpulannya, faktor-faktor ini wujud ekoran daripada tindakbalas warga emas terhadap perubahan yang berlaku dalam struktur sosial masyarakat kesan daripada proses modenisasi dan industrialisasi.