Perspektif Hamka dan Aristotle mengenai kebahagiaan

Kebahagiaan merupakan keinginan bagi semua manusia dalam kehidupan mereka. Selain itu kebahagiaan merupakan tujuan terakhir bagi kehidupan manusia. Seringkali kebahagiaan didengar dan dilafazkan, namun setiap manusia berbeza pandangan mengenai makna dan cara mencapai kebahagiaan. Konsep kebahagia...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Annas Shafiq Ayob,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/15453/1/40700-129981-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/15453/
http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/1279
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kebahagiaan merupakan keinginan bagi semua manusia dalam kehidupan mereka. Selain itu kebahagiaan merupakan tujuan terakhir bagi kehidupan manusia. Seringkali kebahagiaan didengar dan dilafazkan, namun setiap manusia berbeza pandangan mengenai makna dan cara mencapai kebahagiaan. Konsep kebahagiaan merupakan isu yang dibincangkan oleh ahli falsafah terutamanya bagi dua orang tokoh pemikir terkemuka iaitu Hamka (1908-1981 M.) dan Aristotle (384-322 S.M). Kedua tokoh tersebut mempunyai pendekatan yang berbeza berkaitan konsep kebahagiaan. Oleh itu, makalah ini menganalisis makna dan cara mencapai kebahagiaan yang telah dibincangkan menurut perspektif dua orang tokoh pemikir tersebut berdasarkan hasil penulisan mereka. Penelitian ini mengetengahkan metode perbandingan makna dan cara mencapai kebahagiaan. Hasil kajian mendapati wujud persamaan dan perbezaan dalam konsep kebahagiaan di antara Hamka dan Aristotle dalam beberapa aspek tertentu. Hamka melihat kemuncak kebahagiaan dapat dicapai dengan berpandukan Islam. Manakala Aristotle pula melihat kebahagiaan dapat dicapai berpandukan penggunaan akal. Oleh itu, kajian ini dapat memberi kefahaman mengenai konsep kebahagiaan dari segi makna dan cara mencapai kebahagiaan melalui konsep yang betul.