Dakwah ABIM melalui Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad (KBI) 1977-2000
Antara matlamat perjuangan ABIM ialah menyedarkan masyarakat Islam tentang pematuhan syariah dalam transaksi kewangan dan melahirkan sebuah institusi kewangan Islam bagi keperluan pembangunan ekonomi ahli-ahli ABIM dan umat Islam amnya. Penubuhan Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad (KBI) oleh AB...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Pusat Kesejahteraan Insan dan Komuniti, Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/15443/1/388-Article%20Text-1380-1-10-20200615.pdf http://journalarticle.ukm.my/15443/ http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/index |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Antara matlamat perjuangan ABIM ialah menyedarkan masyarakat Islam tentang
pematuhan syariah dalam transaksi kewangan dan melahirkan sebuah institusi
kewangan Islam bagi keperluan pembangunan ekonomi ahli-ahli ABIM dan umat
Islam amnya. Penubuhan Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad (KBI) oleh ABIM
pada tahun 1977 ketika idea pelaksanaan sistem kewangan Islam baru dibincangkan
merupakan suatu perjuangan dakwah yang mencabar. Oleh itu, artikel ini akan
membincangkan perjuangan ABIM di peringkat awal dalam membangunkan KBI
antara tahun 1977 hingga 2000. Metodologi kajian berdasarkan pendekatan disiplin
sejarah iaitu memberikan tumpuan utama kepada sumber primer dan sumber
sekunder. Sumber-sumber primer daripada dokumen asal di Arkib ABIM Pusat dan
Pejabat KBI Pusat dianalisis dengan gabungan data-data sumber sekunder dan temu
bual pemimpin yang terlibat. Hasil kajian mendapati perjuangan dakwah ABIM
melalui KBI dapat menghindarkan para ahlinya dan seterusnya masyarakat Melayu
daripada urusan riba dan muamalat yang haram dalam kehidupan seharian. Di
samping itu, KBI juga dapat membantu para ahli menggunakan sistem kewangan
sendiri yang islamik tanpa bergantung pada mana-mana sistem kewangan yang
sedia ada di Malaysia. Selain itu, KBI telah membuka laluan kepada penubuhan
institusi kewangan Islam di Malaysia seperti Bank Islam. |
---|