Program dakwah dalam memantapkan akidah remaja oleh Institut Pemantapan Dan Perkaderan Akidah Malaysia (IPHAM)
Isu akidah dalam kalangan remaja semakin membimbangkan. Akidah yang goyah amat merbahaya dan mampu menyemarakkan lagi gejala murtad. Pendekatan dan kaedah yang sesuai dengan sasaran dakwah amat penting bagi memantapkan akidah remaja. Institut Pemantapan dan Perkaderan Akidah Malaysia (IPHAM) di...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Pusat Kesejahteraan Insan dan Komuniti, Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/15434/1/357-Article%20Text-1358-2-10-20200321.pdf http://journalarticle.ukm.my/15434/ http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/issue/view/25 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Isu akidah dalam kalangan remaja semakin membimbangkan. Akidah yang goyah
amat merbahaya dan mampu menyemarakkan lagi gejala murtad. Pendekatan dan
kaedah yang sesuai dengan sasaran dakwah amat penting bagi memantapkan
akidah remaja. Institut Pemantapan dan Perkaderan Akidah Malaysia (IPHAM) di
bawah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merupakan salah satu
agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam aspek pemantapan akidah di
Malaysia. Ia menganjurkan program khusus kepada masyarakat Islam dalam usaha
memantapkan akidah berlandaskan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kursus dan
latihan yang dianjurkan mempunyai objektif khusus dalam memantapkan akidah
masyarakat. Artikel ini menjelaskan dan menganalisis program dakwah dalam
memantapkan akidah remaja merangkumi kursus yang dilaksanakan kepada
golongan sasaran dalam kalangan remaja. Kajian ini menggunakan pendekatan
kualitatif iaitu pengumpulan data melalui temu bual. Kajian ini memfokuskan
program di bawah Kluster Pemantapan dan Ilaj kerana sasaran peserta bagi kursus
ini terdiri daripada golongan remaja. Dapatan kajian menunjukkan, pihak IPHAM
telah banyak melaksanakan kursus terhadap golongan sasaran dalam kalangan
remaja. Secara keseluruhannya, usaha dan inisiatif IPHAM membuahkan hasil
apabila penglibatan golongan remaja dalam program anjurannya mendapat
sambutan daripada pelbagai peringkat pengajian. Terdapat empat program khusus
dalam memantapkan akidah remaja iaitu kursus Pemantapan Akidah dan
Pemikiran Islam, Kursus Pembangunan Sahsiah dan Pemantapan Akidah, Diskusi
Isu-Isu Semasa Akidah dan Wacana Intelektual Akidah menurut Pendekatan
Wasatiyyah: Ancaman Ideologi Semasa. Walaupun institusi kerajaan seperti
IPHAM telah melaksanakan program dalam usaha memantapkan akidah remaja,
komitmen dan kerjasama pelbagai lapisan masyarakat seperti institusi
kekeluargaan dan NGO perlu bekerjasama dalam melahirkan remaja yang
mengikut acuan akidah Islam sebenar. |
---|