Regulasi emosi dalam penulisan dan penerbitan jurnal dalam kalangan ahli akademik
Emosi yang berkait dengan keperluan untuk menulis dan menerbit jurnal antaranya ialah cinta, takut, bimbang dan putus asa. Regulasi bagi keempat-empat emosi tersebut adalah penting bagi menjamin kejayaan sesebuah penulisan dan penerbitan jurnal. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat bagaimana ah...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/15425/1/39192-130599-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/15425/ http://ejournal.ukm.my/ajtlhe/issue/view/1277 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Emosi yang berkait dengan keperluan untuk menulis dan menerbit jurnal antaranya ialah cinta,
takut, bimbang dan putus asa. Regulasi bagi keempat-empat emosi tersebut adalah penting
bagi menjamin kejayaan sesebuah penulisan dan penerbitan jurnal. Tujuan kajian ini adalah
untuk melihat bagaimana ahli akademik dapat meregulasi emosi apabila mereka lebih
memahami proses di dalam penulisan dan penerbitan jurnal dan kemahiran-kemahiran yang
perlu ada dalam proses tersebut. Oleh itu, kertas kajian ini bertujuan untuk menilai artikel
jurnal dan buku-buku mengenai penulisan dan penerbitan jurnal dari sela masa bermula tahun
2000 hingga 2018. Sebanyak 16 artikel jurnal dan 8 buah buku yang ditulis oleh ahli akademik
global telah dinilai bagi melihat keperluan menulis dan menerbit, isi kandungan artikel jurnal
berimpak tinggi dan peranannya dalam kerjaya ahli akademik. Data dianalisis secara tematik
dengan mengkhususkan kepada empat kemahiran iaitu kemahiran membaca, mengkaji,
menulis dan menerbit. Dapatan kajian mendapati bahawa penulisan artikel jurnal bukanlah
satu tugas yang terlalu sukar tetapi ahli akademik perlu berhasil untuk meregulasi emosi
dengan menguasai teknik dan gaya penulisan ilmiah yang efektif. Seterusnya peningkatan
dalam menguasai 4 kemahiran tersebut dapat menyumbang kepada tersebarnya hasil kajiankajian ke seluruh dunia. Cadangan ini menyumbang kepada keupayaan regulasi emosi
dengan menanamkan kecintaan kepada penulisan dan penerbitan jurnal. Manakala, susulan yang dicadangkan adalah untuk mengkaji dari sudut praktikal berkait dengan
kecintaan kepada penulisan dan penerbitan jurnal. |
---|