Ramalan harga Bitcoin berasaskan polariti sentiment artikel berita dan data pasaran dengan model LSTM

Bitcoin adalah wang digital dan alat pelaburan yang telah mendapat perhatian seluruh dunia sejak kebelakangan ini. Namun, harga Bitcoin yang tidak stabil telah menjadi kebimbangan di kalangan pengguna dan pelabur Bitcoin. Ramalan harga Bitcoin dapat membantu pelabur dan pengguna untuk membina str...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Chee, Kean Chin, Nazlia Omar,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/15414/1/01.pdf
http://journalarticle.ukm.my/15414/
http://www.ukm.my/apjitm/articles-year.php
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Bitcoin adalah wang digital dan alat pelaburan yang telah mendapat perhatian seluruh dunia sejak kebelakangan ini. Namun, harga Bitcoin yang tidak stabil telah menjadi kebimbangan di kalangan pengguna dan pelabur Bitcoin. Ramalan harga Bitcoin dapat membantu pelabur dan pengguna untuk membina strategi yang efektif dalam pelaburan atau penggunaan. Dengan perkembangan pesat Internet, data dalam talian termasuk artikel berita boleh membantu dalam harga ramalan Bitcoin. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan sentimen artikel berita kepada harga Bitcoin dengan tempoh kajian dari September 2017 hingga Ogos 2019. Sehubungan dengan itu, kajian ini memperkenalkan analisis sentimen untuk memahami maklumat artikel berita dalam talian dan menggunakannya sebagai fitur input untuk ramalan harga Bitcoin. Terdapat dua fasa utama dalam kajian ini, iaitu analisis sentimen dan ramalan harga. Dalam analisis sentimen, sentimen diekstrak berdasarkan kaedah leksikon untuk memahami maklumat artikel berita berkaitan dengan pasaran kriptowang. Kriptowang adalah sejenis sistem pembayaran digital dan monetari yang mana transaksi dilakukan dengan cara desentralisasi yang merupakan transaksi kewangan rakan-ke-rakan tanpa melalui institusi kewangan. Dengan kata lain, Bitcoin tidak bergantung kepada perantara pihak ketiga untuk memproses pembayaran, ia menggunakan bukti kriptografi dalam komputer untuk memproses dan mengesahkan kesahihan dan menyebarkan antara rangkaian (Nakamoto 2008). Dalam ramalan harga, sentimen digunakan sebagai fitur input dan model Memori Jangka Panjang Pendek (LSTM) digunakan dalam fasa ramalan harga. Dengan data pasaran dan artikel berita sebagai sampel, keputusan menunjukkan sentimen artikel berita dapat mengurangkan kesilapan dalam ramalan harga Bitcoin.