Pembiayaan nafkah anak yatim: tinjauan menurut perspektif fiqh, undang-undang keluarga Islam Malaysia serta kefahaman dan amalan masyarakat

Pembiayaan nafkah anak yatim selepas kematian bapanya adalah di bawah tanggungjawab ahli waris menurut hukum fiqh dan Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia. Namun, kefahaman masyarakat mengenai kewajipan ahli waris dalam menanggung nafkah anak yatim menjadi persoalan kerana sangat jarang tuntutan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Siti Nur Hazimah Hamid,, Bahiyah Ahmad,, Shahidra Abd Khalil,, Zunaidah Mohd Marzuki,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/15380/1/33044-125415-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/15380/
http://ejournals.ukm.my/akademika/issue/view/1254
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pembiayaan nafkah anak yatim selepas kematian bapanya adalah di bawah tanggungjawab ahli waris menurut hukum fiqh dan Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia. Namun, kefahaman masyarakat mengenai kewajipan ahli waris dalam menanggung nafkah anak yatim menjadi persoalan kerana sangat jarang tuntutan nafkah ke atas ahli waris dibuat oleh pihak anak yatim di mahkamah. Justeru kajian ini bertujuan meneliti kewajipan menafkahi anak yatim oleh ahli waris menurut perspektif fiqh dan Undang-Undang Keluarga Islam dan menilai kefahaman dan amalan masyarakat mengenai tanggungjawab ini. Kaedah kajian yang digunakan adalah mix mode method iaitu kajian dokumentasi, temu bual bersama hakim-hakim dan pengurus-pengurus pusat jagaan anak-anak yatim dan soal selidik. Seramai 400 orang responden terlibat dalam kajian soal selidik mewakili kefahaman masyarakat di Lembah Klang, Malaysia. Dapatan daripada soal selidik dianalisis menggunakan statistikdeskriptif. Hasil kajian mendapati tahap kefahaman masyarakat terhadap tanggungjawab ahli waris dalam nafkah anak yatim adalah tinggi, samada berkenaan hukum syarak mahupun peruntukan undang-undang syariah di Malaysia. Namun sokongan daripada ahli waris daripada sudut material (nafkah) dan moral selepas anak-anak yatim diserahkan ke rumah jagaan anak-anak yatim sangat tidak memuaskan, manakala kes tuntutan nafkah anak yatim ke atas ahli waris di mahkamah syariah jarang berlaku. Kajian ini berpandangan perlunya satu badan yang boleh bertindak untuk menasihat dan membantu pihak ibu dan penjaga anak-anak yatim untuk memfailkan tuntutan nafkah anak yatim ke atas ahli waris. Kempen kesedaran masyarakat terutamanya implikasi pengabaian oleh ahli waris daripada perspektif undang-undang dan hukuman perlulah disebarluaskan kepada masyarakat Muslim.