Pemakaian beban dan darjah pembuktian dalam kes jenayah syariah di Malaysia: suatu analisis
Beban dan darjah pembuktian merupakan dua aspek signifikan dalam menegakkan keadilan di mahkamah. Melihat kepada kes-kes jenayah syariah semasa di Malaysia, pemakaian kedua-dua beban dan darjah pembuktian kelihatan berjalan lancar serta tidak bermasalah. Namun apabila diperhalus, pengaplikasian kedu...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/15376/1/30953-125433-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/15376/ http://ejournals.ukm.my/akademika/issue/view/1254 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Beban dan darjah pembuktian merupakan dua aspek signifikan dalam menegakkan keadilan di mahkamah. Melihat kepada kes-kes jenayah syariah semasa di Malaysia, pemakaian kedua-dua beban dan darjah pembuktian kelihatan berjalan lancar serta tidak bermasalah. Namun apabila diperhalus, pengaplikasian kedua-duanya ternyata perlu diperkemas. Penulisan ini menganalisis pemakaian aspek beban dan darjah pembuktian dalam perbicaraan jenayah syariah di Malaysia. Di samping itu, penulisan juga turut mengenal pasti permasalahan dalam pengaplikasian kedua-dua aspek tersebut. Seterusnya, penulisan ini berhasrat mengemukakan penyelesaian terhadap masalah yang dikenal pasti. Penulisan ini menggunakan kerangka kajian perundangan tulen yang bersifat kualitatif. Data serta maklumat berkaitan dengan prinsip dan aplikasi beban dan darjah pembuktian dikumpul melalui bahan-bahan perpustakaan. Kesemua data dan maklumat kemudiannya dianalisis menerusi metodologi analisis kandungan serta kaedah analitis dan kritis. Hasil penulisan mendapati bahawa berlaku pentafsiran yang tidak seragam serta tidak tepat terhadap prinsip beban dan darjah pembuktian oleh mahkamah syariah. Penulisan ini turut mendapati bahawa walaupun masalah kekaburan tafsiran wujud, kebanyakan literatur tidak membincangkan masalah ini dengan jelas. Oleh itu, penulisan ini menekankan kepentingan untuk mengatasi masalah tafsiran berkaitan dengan beban dan darjah pembuktian dalam kes jenayah syariah. Justeru, satu penyelidikan yang lebih terperinci harus dilakukan dalam memastikan para hakim dan pegawai syariah mampu mentafsirkan beban dan darjah pembuktian bagi kes jenayah syariah secara betul dan tepat. |
---|