Persepsi orang awam dan profesional terhadap imej visual bandar Putrajaya

Putrajaya merupakan pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan yang mana di awal pembangunannya telah dirancang sebagai bandar Islamik. Objektif kajian ini adalah menganalisis imej visual persekitaran alam bina yang memberikan identiti kepada Putrajaya menerusi persepsi orang awam dan profesional. Moden...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Fazlena Abd. Rahim,, Mohamed Mohamed Tolba Said,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/15339/1/17.pdf
http://journalarticle.ukm.my/15339/
http://www.ukm.my/jkukm/volume-322-2020/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Putrajaya merupakan pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan yang mana di awal pembangunannya telah dirancang sebagai bandar Islamik. Objektif kajian ini adalah menganalisis imej visual persekitaran alam bina yang memberikan identiti kepada Putrajaya menerusi persepsi orang awam dan profesional. Modenisasi dan kurang jelas tafsiran seni bina Islamik telah mewujudkan krisis identiti dalam gaya seni bina, kecelaruan identiti dan menjejaskan identiti reka bentuk bandar Islamik. Kajian ini menggunakan metodologi campuran kuantitatif dan kualitatif. Kajian soal selidik terhadap lebih kurang 500 orang awam dan temu bual bergambar terhadap lebih kurang 100 orang profesional dalam bidang alam bina telah dijalankan untuk untuk menganalisis imej visual identiti Putrajaya. Hasil kajian mendapati reka bentuk bandar Putrajaya mempunyai nilai estetik yang tinggi dan budaya Islam melalui ciri Islamik Timur Tengah bagi merealisasi penerapannya sebagai bandar Islamik. Bagaimanapun, gaya moden yang mendominasi, campuran dan kepelbagaian serta kurangnya identiti tempatan mewujudkan identiti yang kurang jelas dan budaya tersendiri yang lemah. Penemuan kajian ini boleh dimanfaatkan untuk memperkasakan imej visual bandar Putrajaya yang jelas sebagai bandar Islamik yang mempunyai identiti tempatan dan tersendiri untuk meningkatkan daya tarikan kepada pengguna bandar.