Tadbir urus baik dan peranan amalan perakaunan pengurusan: tinjauan di organisasi pelancongan negara

Usaha menegakkan tadbir urus baik menjadi keutamaan semua pihak bagi memperkasakan semula sistem penyampaian perkhidmatan awam. Tabdir urus baik mampu memastikan pertumbuhan ekonomi dan industri baharu seperti industri pelancongan menjadi sumber pendapatan negara yang mampan. Oleh itu, objektif kaji...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Siti Zurina Aziz,, Amizawati Mohd Amir,, Sofiah Md Auzair,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/15293/1/30229-100796-2-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/15293/
http://ejournal.ukm.my/ajac/issue/view/1184
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Usaha menegakkan tadbir urus baik menjadi keutamaan semua pihak bagi memperkasakan semula sistem penyampaian perkhidmatan awam. Tabdir urus baik mampu memastikan pertumbuhan ekonomi dan industri baharu seperti industri pelancongan menjadi sumber pendapatan negara yang mampan. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti prinsip tadbir urus baik di organisasi pelancongan negara (OPN), sebuah badan berkanun yang menjadi peneraju sektor pelancongan negara. Kajian ini turut melihat perkaitan antara amalan perakaunan pengurusan dengan tadbir urus baik. Data diperolehi menerusi soal selidik yang dihantar kepada 70 buah pusat tanggungjawab (PTJ) yang mengurus dan mengawal sumber. Kadar respon sebanyak 90% iaitu sebanyak 63 soal selidik telah diisi dan dikembalikan. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor penglibatan, pematuhan undang-undang, ketelusan, responsif, berorientasi kesepakatan, ekuiti, kecekapan dan keberkesanan, akauntabiliti dan visi strategik diterima dan dipersetujui sebagai aspek tadbir urus baik dan amalannya telah meningkat secara signifikan disebabkan keberkesanan amalan perakaunan pengurusan. Kajian ini memberi sumbangan daripada segi mempromosikan pencapaian tadbir urus baik bagi mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap sistem pentadbiran dan pengurusan sumber terutamanya di Badan-badan Berkanun Persekutuan (BBBP). Seterusnya penemuan ini diharap dapat menyumbang kepada memperkasakan penggunaan amalan perakaunan pengurusan bagi mencapai tadbir urus baik dalam sistem pentadbiran awam.