Penghuraian strategi wacana teks ucapan Belanjawan 2019

Strategi wacana diperkirakan sebagai usaha yang strategik bagi mencapai kebolehsampaian dan kebolehfahaman dalam sesuatu proses komunikasi. Hal ini demikian kerana, setiap wacana yang dibina mengandungi intipati yang berbeza, melalui cara yang berbeza dan untuk khalayak sasaran yang berbeza. Oleh it...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Faizul Abd Hamid,, Mohd Azidan Abdul Jabar,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/15283/1/35544-126832-2-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/15283/
http://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1267
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Strategi wacana diperkirakan sebagai usaha yang strategik bagi mencapai kebolehsampaian dan kebolehfahaman dalam sesuatu proses komunikasi. Hal ini demikian kerana, setiap wacana yang dibina mengandungi intipati yang berbeza, melalui cara yang berbeza dan untuk khalayak sasaran yang berbeza. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menghuraikan strategi wacana yang digunakan oleh pewacana untuk membentangkan teks ucapan Belanjawan 2019. Untuk itu, kerangka teoritikal analisis wacana kritis terokaan Fairclough (1995, 2007, 2013) telah digunakan. Analisis terhadap strategi wacana teks ucapan Belanjawan 2019 tertumpu kepada dua unsur binaan amalan wacana, iaitu unsur intertekstualiti dan unsur interdiskursiviti. Hasil kajian mendapati bahawa pembinaan intertekstualiti telah melibatkan tiga unsur intertekstualiti seperti representasi wacana, metawacana dan praandaian. Penggunaan ketiga-tiga unsur intertekstualiti ini telah menunjukkan bahawa wacana belanjawan yang dihasilkan bersifat telus, tidak kontroversi dan tidak mengelirukan masyarakat. Bagi unsur interdiskursiviti pula, pewacana telah menggembleng empat jenis wacana lain seperti ekspositori, eksplanatori, argumentatif dan ekspresif. Gemblengan keempat-empat unsur interdiskursiviti ini telah mempamerkan variasi penyampaian sesuatu informasi dalam teks ucapan Belanjawan 2019. Kesimpulannya, pengenalpastian dan penghuraian terhadap strategi wacana teks ucapan Belanjawan 2019 telah menunjukkan bahawa pembentangan yang disampaikan bukan sahaja mewujudkan aktiviti sosioekonomi yang tersendiri tetapi juga menghasilkan binaan wacana yang lebih rencam. Oleh itu, pewacana perlu bertindak balas dengan citarasa khalayak yang menjadi gelanggang kepada kerajaan untuk terus mentadbir melalui strategi wacana belanjawannya.