Penilaian pelaksanaan program Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) di Sekolah Rendah Pendidikan Khas Integrasi

Keberkesanan sesuatu program pentaksiran perlu dilihat dan dinilai supaya mencapai sasaran dan objektif keseluruhan pendidikan agar kos yang dilaburkan tidak disia-siakan. Kajian tinjauan ini dijalankan untuk menilai tahap dimensi proses dalam pelaksanaan program Pentaksiran Alternatif Sekolah Renda...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Huzaimi Abdul Manap,, Zolkepli Haron,, Norasmah Othman,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/15248/1/38440-126903-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/15248/
http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1270
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Keberkesanan sesuatu program pentaksiran perlu dilihat dan dinilai supaya mencapai sasaran dan objektif keseluruhan pendidikan agar kos yang dilaburkan tidak disia-siakan. Kajian tinjauan ini dijalankan untuk menilai tahap dimensi proses dalam pelaksanaan program Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR). Model Penilaian KIPP (Konteks, Input, Proses, Produk) digunakan bagi mengukur tahap dimensi proses serta hubungannya dengan dimensi input dalam pelaksanaan PASR di sekolah. Kajian ini melibatkan 30 orang guru pendidikan khas yang dipilih secara rawak mudah dari 15 buah sekolah dalam Daerah Hulu Langat. Soal selidik digunakan sebagai instrumen dan data dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan analisis inferensi. Dapatan menunjukkan tahap dimensi proses (pemantauan, penyelarasan dan sokongan pentadbir) berada pada tahap tinggi. Tambahan lagi, terdapatnya hubungan linear positif yang kuat dan signifikan antara dimensi proses dengan dimensi input dalam perlaksanaan PASR. Hasil kajian ini menyumbang kepada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memperbaiki dan menambahbaik pelaksanaan program agar menjamin ke arah kemenjadian murid dalam program tersebut pada masa hadapan.