Hubungan di antara strategi pembelajaran dengan literasi teknologi maklumat dan komunikasi pelajar prasiswazah
Dalam menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0, literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) adalah sangat penting untuk dibina dalam kalangan pelajar. Kajian korelasi ini bertujuan menentukan hubungan antara penggunaan strategi pembelajaran dengan literasi TMK dalam kalangan pelajar prasiswazah...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/15241/1/31311-129338-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/15241/ http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1250 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Dalam menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0, literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) adalah sangat penting untuk dibina dalam kalangan pelajar. Kajian korelasi ini bertujuan menentukan hubungan antara penggunaan strategi pembelajaran dengan literasi TMK dalam kalangan pelajar prasiswazah. Sebanyak 131 orang pelajar prasiswazah dari sebuah universiti awam dipilih sebagai sampel secara rawak berkelompok. Dua instrument soal selidik dibina dan diadaptasi bagi mengukur penggunaan strategi pembelajaran dan literasi TMK. Dapatan menunjukkan penggunaan strategi pembelajaran adalah tinggi dalam kalangan pelajar, terdapat hubungan positif dengan kekuatan korelasi yang sederhana antara penggunaan strategi pembelajaran dan literasi TMK pelajar. Strategi huraian, pemikiran kritis, metakognitif aturan kendiri, ulangan, pengurusan masa dan persekitaran pembelajaran, permintaan bantuan, pengorganisasian serta pembelajaran rakan sebaya mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan literasi TMK pelajar. Tambahan lagi, suatu model regresi yang signifikan telah dihasilkan dan strategi pemikiran kritis merupakan peramal terbaik bagi literasi TMK pelajar. Kesimpulannya, penggunaan strategi pembelajaran yang aktif dalam kalangan pelajar prasiswazah berpotensi membantu pelajar prasiswazah untuk menguasai literasi TMK. Implikasinya, kajian ini menggambarkan penggunaan strategi pembelajaran dalam pembelajaran literasi TMK, di mana ianya belum optimum dan boleh ditingkatkan dengan memperluaskan penggunaan strategi pemikiran kritis dalam pembelajaran literasi TMK. |
---|