Relevansi pewarisan sanad talaqqi al-Quran

Masyarakat Islam arus perdana di Malaysia mulai didedahkan dengan amali periwayatan sanad talaqqi dalam konteks pengajian al-Quran. Banyak pihak berlumba-lumba untuk mendapatkan sanad talaqqi al-Quran. Sistem ini merupakan tradisi yang dititikberatkan oleh para qurra’ dan mulai tersebar kepada umu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad Redha Mohamad,, Farhah Zaidar Ramli,, Norazman Alias,
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Kelestarian Turath Islami, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/15206/1/108-221-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/15206/
http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/issue/view/11
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Masyarakat Islam arus perdana di Malaysia mulai didedahkan dengan amali periwayatan sanad talaqqi dalam konteks pengajian al-Quran. Banyak pihak berlumba-lumba untuk mendapatkan sanad talaqqi al-Quran. Sistem ini merupakan tradisi yang dititikberatkan oleh para qurra’ dan mulai tersebar kepada umum. Umum mengetahui al-Quran diwariskan kepada setiap generasi secara bacaan iaitu talaqqi musyafahah dan bukannya tulisan. Namun pelbagai kluster dalam masyarakat masih kurang jelas dan sukar memahami relevansi berkaitan amali ini. Justeru, kajian perlu dilakukan untuk menganalisis relevansi pewarisan sanad dalam sistem talaqqi al-Quran secara musyafahah. Data-data kajian dikumpul secara analisis dokumen kepustakaan, manakala metode analisis data pula dilakukan secara deskriptif. Dapatan menunjukkan terdapat lima faktor utama relevansi berkaitan iaitu sunnah Rasulullah SAW, kesahihan bacaan, kebanggaan penuntut ilmu, kelangsungan sanad ‘ali dan bimbingan berterusan. Implikasi daripada dapatan kajian adalah mustahak untuk membimbing masyarakat membina persepsi yang tepat terhadap kepentingan amali pewarisan sanad talaqqi al-Quran.