Masyarakat perkampungan Portugis di Jakarta: persanakan, petempatan dan penamaan
Walaupun Portugis tidak pernah menjajah Batavia (Jakarta), tetapi jejaknya masih dapat dilihat. Sebagai contoh, kewujudan Kampung Tugu yang juga dikenali sebagai Perkampungan Portugis di Jakarta Utara. Mengikut sejarah, golongan Mardijker (orang merdeka)adalah sebuah kelompok masyarakat yang memp...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/15020/1/27605-106517-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/15020/ http://ejournals.ukm.my/akademika/issue/view/1191 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Walaupun Portugis tidak pernah menjajah Batavia (Jakarta), tetapi jejaknya masih dapat dilihat. Sebagai
contoh, kewujudan Kampung Tugu yang juga dikenali sebagai Perkampungan Portugis di Jakarta Utara.
Mengikut sejarah, golongan Mardijker (orang merdeka)adalah sebuah kelompok masyarakat yang
memperolehi kemerdekaan daripada bekas penjajah Belanda. Kelompok ini adalah pengasas Kampung
Tugu sejak tahun 1661 dan merupakan nenek moyang orang Tugu. Selama beberapa dasawarsa, orang
Tugu masih merujuk diri mereka sebagai “keturunan Portugis”. Sehingga ke hari ini, kajian dan laporan
media mengenai Kampung Tugu lebih terarahkepada muzik tradisional mereka, iaitu Keroncong Tugu.
Meskipun pelbagai kajian dan laporan telah dihasilkan, kekurangan penyelidikan melalui kaedah etnografi
mengenai Kampung Tugu dapat dikesan. Justeru,makalah ini bermula daripada konteks masyarakat
Batavia, Kaum Mardijkers dan seterusnya mendalami aspek kekeluargaan orang Tugu pada zaman ini.
Metodologi kajian adalah berdasarkan data primer melalui kerja lapangan di Jakarta dan data sekunder
dari naratif sejarah serta kajian linguistik. Kajian ini menunjukkan bahawa bukan sahaja di Kampung
Tugu, tetapi komuniti Portugis juga wujud di Pejambon, Jakarta Pusat—akibat daripada diaspora yang
berlaku pada tahun 1950-an. Kajian ini mendapati bahawa, salasilah keluarga sering digunakan dalam
wacana orang Tugu sebagai penjelasan terhadap dakwaan mereka yang dikatakan mempunyai talian
persaudaraan dengan keturunan Portugis atau “Orang Tugu Asli.” Namun begitu, hasil temubual, kajian
salasilah keluarga, tinjauan isi rumah, istilah kekeluargaan dan penamaan menunjukkan bahawa orang
Tugu merupakan sebuah masyarakat yang majmuk. |
---|