Tahap keterancaman bahasa masyarakat Kreol di Melaka

Malaysia sebuah negara yang terdiri daripada berbilang bangsa. Sejak zaman kesultanan Melaka lagi sudah adanya kepelbagaian etnik sehinggakan berlakunya asimilasi yang telah mewujudkan kelompok masyarakat bahasa kreol. Terdapat tiga kelompok masyarakat kreol di Melaka iaitu masyarakat Baba-Nyonya,...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sa’adiah Ma’alip,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/14996/1/31300-100745-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/14996/
http://ejournals.ukm.my/akademika/issue/view/1175
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Malaysia sebuah negara yang terdiri daripada berbilang bangsa. Sejak zaman kesultanan Melaka lagi sudah adanya kepelbagaian etnik sehinggakan berlakunya asimilasi yang telah mewujudkan kelompok masyarakat bahasa kreol. Terdapat tiga kelompok masyarakat kreol di Melaka iaitu masyarakat Baba-Nyonya, Portugis dan Chetti. Kehadiran mereka menjadikan Malaysia negara yang kaya dengan budaya, bahasa dan latar berlakang kebudayaan berlainan. Namun kedudukan bahasa kreol yang melambangkan kemajmukan masyarakat di Malaysia sudah semakin terancam. Ketiga-tiga kelompok masyarakat bahasa kreol ini bakal berhadap dengan kepupusan bahasa mereka. Proses kepupusan bahasa berlaku secara perlahan dan yang paling ketara adalah apabila sesebuah masyarakat penutur menguasai bahasa lain sehingga mengabaikan bahasa asal mereka. Sehubungan dengan itu kajian ini bertujuan untuk meneliti situasi bahasa dalam kalangan masyarakat ini. Di samping itu, kajian ini juga turut mengenalpasti tahap keterancaman bahasa masyarakat kreol ini dengan teori vitaliti bahasa daripada UNESCO dan kerangka teori GIDS oleh Fishman dalam mengenal pasti bahasa-bahasa yang berada pada tahap kepupusan. Lokasi kajian ini adalah di Melaka iaitu di perkampungan masyarakat Chetti di Ujong Pasir yang didiami oleh masyarakat bahasa Kristang-Portugis dan juga di sekitar bandar Melaka tempat masyarakar bahasa kreol Baba-Nyonya. Reka bentuk kajian ini pula adalah dengan kaedah mod campuran, iaitu kualitatif dan kuantitatif. Instrumen kajian yang digunapakai untuk mengumpul data adalah soalselidik, temubual dan pemerhatian. Hasil kajian menunjukkan bahawa bahasa ketiga-tiga masyarakat kreol di Melaka sudah semakin terancam. Situasi ini disebabkan oleh masayarakat bahasa kreol ini lebih mengutamakan bahasa Inggeris berbanding bahasa ibunda mereka. Hasil dapatan kajian ini adalah sebagai penambahan ilmu secara amnya kepada bahasa masyarakat minoriti dan secara khusus terhadap bahasa ketiga-tiga masyarakat kreol di Melaka.