Kajian perbandingan bangsawan dari Semenanjung Tanah Melayu dan bangsawan alaf ke-21 di Sarawak, Borneo
Rekod pementasan bangsawan yang terawal di Sarawak adalah pada tahun 1914 yang dibawa masuk dari Semenanjung Tanah Melayu, manakala yang terakhir pula adalah pada tahun 2016. Kajian tentang teater bangsawan di Sarawak setakat ini mendapati dalam tempoh jangka hayat bangsawan yanglebih seabad, tea...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/14982/1/27209-100770-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/14982/ http://ejournals.ukm.my/akademika/issue/view/1092 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Rekod pementasan bangsawan yang terawal di Sarawak adalah pada tahun 1914 yang dibawa masuk
dari Semenanjung Tanah Melayu, manakala yang terakhir pula adalah pada tahun 2016. Kajian tentang
teater bangsawan di Sarawak setakat ini mendapati dalam tempoh jangka hayat bangsawan yanglebih
seabad, teater ini telah melalui empat fasa persembahan bangsawan di Sarawak. Empat fasa tersebut
adalah Bangsawan Tanah Melayu, Bangsawan Kampung, Bangsawan 1980-an dan Bangsawan Alaf ke-21.
Namun setakat ini belum terdapat sebarang kajian perbandingan diantara Bangsawan dari Tanah Melayu
(Fasa Pertama) dengan bangsawan Alaf ke-21 (Fasa Keempat). Sehubungan itu, penulisanini bertujuan
merakamkan perbandingan proses pementasan di antara bangsawan dari SemenanjungTanah Melayu dengan
bangsawan Alaf ke-21 di Sarawak. Untuk tujuan tersebut, proses ‘staging’ (pementasan) dalam konsep
‘performance nest’ oleh Richard Schechenner dalam teori ‘Persembahan’akan diaplikasi sebagai kerangka
analisis. Sebuah kajian berbentuk kualitatif dirangka dengankajian perpustakaan dan temubual dengan para
pengamal teater bangsawan di Kuching sebagai instrumen kajian bagi memperolehi data.Analisis kandungan
dilakukan ke atas kajian-kajian lepas, rakaman empat pementasan bangsawanAlafke-21, gambar-gambar
foto dan transkripsi temubual. Dapatan dalam artikel ini adalah, format pementasan bangsawanAlafke-21
pada dasarnya masih kekal seperti Bangsawan dari Semenanjung Tanah Melayu. Namun begitu, terdapat
beberapa kelainan dari segi cerita, kaedah lakonan, latar hias, tasmat, lagu tarik nasib dan pengisian extraturn
selari dengan kecanggihan teknologi dan kreativiti para pengamal teater pada Alafke-21 di Sarawak. |
---|