Kawalan ibu bapa terhadap anak-anak dalam penggunaan media sosial
Media sosial menjadi sebahagian dalam hidup manusia terutamanya generasi muda kini sehingga menyebabkan isu ketagihan media sosial.Isu ketagihan media sosial terutamanya dalam kalangan kanakkanak semakin meningkat dan didapati isu ini dapat diatasi dengan adanya kawalan sosial oleh ibu bapa terha...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/14980/1/25971-100768-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/14980/ http://ejournals.ukm.my/akademika/issue/view/1092 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Media sosial menjadi sebahagian dalam hidup manusia terutamanya generasi muda kini sehingga
menyebabkan isu ketagihan media sosial.Isu ketagihan media sosial terutamanya dalam kalangan kanakkanak
semakin meningkat dan didapati isu ini dapat diatasi dengan adanya kawalan sosial oleh ibu bapa
terhadap anak-anak dalam penggunaan media sosial. Oleh itu, kajian ini telah dijalankan untuk melihat sejauh
mana pengetahuan, pemahaman dan tahap pendidikan ibu bapa memberi kesan ke atas kawalan sosial ibu
bapa dalam mengawal penggunaan media sosial anak-anak.Kajian ini pertama, mengkaji pengetahuan ibu
bapa terhadap penglibatan anak-anak di media sosial dengan kawalan sosial. Kedua,mengetahui hubungan
pemahaman ibu bapa dari sudut positif dan negatif dengan kawalan sosial. Kajian ini juga mengkaji tahap
pendidikan ibu bapa dengan kawalan sosial. Dapatan kajian dikumpul daripada 100 sampel ibu bapa yang
dipilih secara rawak sistematik di kawasan kajian di Taman Seksyen 5, Bandar Rinching menggunakan
kaedah survei. Hasil kajian menunjukkan ibu bapa mempunyai pengetahuan tentang penglibatan anak-anak
di media sosial dan pengetahuan ibu bapa mempengaruhi kawalan sosial ibu bapa terhadap anak-anak.
Seterusnya, hubungan antara pemahaman positif ibu bapa terhadap media sosial dengan kawalan sosial
adalah negatif manakala, pemahaman negatif ibu bapa terhadap media sosial dengan kawalan sosial
menunjukkan hubungan yang signifikan. Tahap pendidikan ibu bapa juga mempengaruhi kawalan sosial.
Keseluruhannya, pengetahuan ibu bapa tentang penglibatan anak-anak di media sosial, pemahaman tentang
media sosial dan tahap pendidikan ibu bapa juga mempengaruhi kawalan sosial ibu bapa terhadap anakanak
dalam menggunakan media sosial. |
---|