Tuntutan undang-undang dan pendekatan Malaysia di dalam kes Pulau Ligitan, Pulau Sipadan dan Pedra Branca

Tujuan artikel ini adalah untuk memaparkan penggunaan instrumen perundangan antarabangsa oleh kerajaan Malaysia di dalam menjustifikasikan tuntutan maritimnya di samping menjelaskan keputusan yang diambil oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa/International Court of Justice (ICJ). Secara umumnya, neg...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Azlie Ismail,, Geetha Govindasamy,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/14978/1/24882-100766-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/14978/
http://ejournals.ukm.my/akademika/issue/view/1092
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan artikel ini adalah untuk memaparkan penggunaan instrumen perundangan antarabangsa oleh kerajaan Malaysia di dalam menjustifikasikan tuntutan maritimnya di samping menjelaskan keputusan yang diambil oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa/International Court of Justice (ICJ). Secara umumnya, negaranegara Asia Tenggara enggan menyelesaikan konflik pertikaian wilayah menerusi penglibatan institusi keadilan antarabangsa. Namun, Malaysia mengambil keputusan untuk merujuk isu pertikaian wilayah dengan Indonesia dan Singapura berhubung dengan Pulau Ligitan dan Sipadan serta pemilikan Pedra Branca ke ICJ. Pada masa yang sama, konflik hak dan kedaulatan ke atas Pedra Branca ini juga melibatkan Batuan Tengah (Middle Rocks) dan Tubir Selatan (South Ledge) yang turut terletak di Selat Singapura. Justeru itu, kajian yang berbentuk kualitatif ini menyoroti semula kronologi status kedua-dua kes berkenaan berdasarkan kepada aspek sejarah, undang-undang antarabangsa dan perlaksanaan kawalan efektif. Kemudiannya, keputusan ICJ dikaji untuk memahami bagaimana status dan pemilikan sesebuah wilayah ditentukan. Dalam hal ini, ICJ memutuskan bahawa kedaulatan Pulau Ligitan dan Sipadan adalah milik Malaysia manakala Pedra Branca diberikan kepada Singapura. Berdasarkan Malaysia sebagai pewaris kepada Kesultanan Johor, ICJ memberikan Middle Rocks kepada Kuala Lumpur. Pihak Mahkamah sedia maklum bahawa South Ledge terletak pada ketinggian air pasang rendah. Disebabkan tidak terdapat sebarang persetujuan sempadan maritim yang jelas, maka ICJ menyerahkan soal hak dan kedaulatan South Ledge kepada Malaysia dan Singapura. Hasil analisis mendapati prinsip kawalan efektif dan kegagalan menyuarakan sebarang bantahan terhadap pelbagai aktiviti menjadi faktor-faktor penentu dalam memutuskan status pemilikan wilayah. Melalui penerimaan keputusan mahkamah secara terbuka, Malaysia telah menunjukkan kesediaannya untuk mengimplementasikan keakurannya terhadap undang-undang antarabangsa dengan penuh kepercayaan, semata-mata bagi mengukuhkan hubungan baik sesama negara jirannya. Maka, kes Pulau Ligitan dan Sipadan serta Pedra Branca boleh menjadi rujukan kepada negara-negara lain yang mempunyai konflik yang sama. Dengan berbuat demikian, keamanan dan kestabilan rantau dapat dikekalkan.