Eksploitasi maksim Grice lambang kehalusan berbahasa masyarakat Melayu: analisis dalam filem Dayang Senandong (1965)

Eksploitasi adalah istilah yang digunakan oleh Grice (1975) untuk merujuk pelanggaran maksim perbualan yang dilakukan penutur. Dalam Prinsip Kerjasama yang diasaskan oleh Grice (1975), terdapat empat maksim yang perlu dipatuhi oleh penutur bagi membantu menghasilkan komunikasi yang jelas selain meng...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Norhidayu Hasan,, Zaitul Azma Zainon Hamzah,, Nor Azuwan Yaakob,, Fazilah Husin,
Format: Article
Language:English
Published: Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/14881/1/jatma-2020-0802-04.pdf
http://journalarticle.ukm.my/14881/
http://www.ukm.my/jatma/jilid-8-bil-2/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Eksploitasi adalah istilah yang digunakan oleh Grice (1975) untuk merujuk pelanggaran maksim perbualan yang dilakukan penutur. Dalam Prinsip Kerjasama yang diasaskan oleh Grice (1975), terdapat empat maksim yang perlu dipatuhi oleh penutur bagi membantu menghasilkan komunikasi yang jelas selain mengurangkan salah faham. Namun, maksim ini sering dieksploitasi oleh penutur untuk menghasilkan implikatur. Eksploitasi maksim sering terjadi dalam komunikasi masyarakat Melayu sebagai satu lambang kehalusan berbahasa masyarakat Melayu. Fokus utama kajian ini adalah menganalisis ujaran yang terhasil daripada eksploitasi maksim Grice dalam komunikasi masyarakat Melayu dengan menggunakan filem sebagai sumber data. Bagi tujuan ini, analisis dilakukan pada dialog filem Melayu bertajuk Dayang Senandong yang diterbitkan pada tahun 1965. Filem ini dipilih kerana ia merupakan filem yang mempunyai satu gambaran dan panduan yang kukuh terhadap budaya dan bahasa masyarakat Melayu zaman dahulu. Prinsip Kerjasama Grice (1975) dan Teori Relevans (1986) telah diterapkan dalam penganalisisan data yang terpilih. Berdasarkan data yang terkumpul terdapat 16 ujaran yang mengeksploitasi maksim Grice iaitu maksim kualiti, kuantiti, dan cara. Manakala, maksim hubungan tidak dieksploitasi dalam dialog filem tersebut. Eksploitasi maksim dalam komunikasi masyarakat Melayu melalui filem ini jelas membuktikan nilai kehalusan berbahasa masyarakat Melayu dengan penggunaan implikatur yang memerlukan pemahaman makna yang mendalam bagi menyampaikan sesuatu mesej dengan tepat.