Hubungan antara penagihan dadah dengan keganasan rumah tangga
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan negara-negara anggotanya melalui Resolusi Perhimpunan Kesihatan Sedunia 49.25 telah mengakui bahawa keganasan adalah masalah awam yang serius dan juga merupakan suatu pencabulan hak asasi manusia. Di Malaysia, istilah “keganasan rumah tangga” merujuk kepada k...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/14857/1/30649-116573-2-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/14857/ http://ejournal.ukm.my/juum/issue/view/1243 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan negara-negara anggotanya melalui Resolusi Perhimpunan Kesihatan
Sedunia 49.25 telah mengakui bahawa keganasan adalah masalah awam yang serius dan juga merupakan suatu
pencabulan hak asasi manusia. Di Malaysia, istilah “keganasan rumah tangga” merujuk kepada keganasan yang
dilakukan oleh pasangan terhadap isteri atau orang yang disayangi. Statistik menunjukkan bahawa kes penagihan
dadah meningkat seiring dengan peningkatan jumlah kes keganasan rumah tangga. Objektif kajian ini ialah untuk
mengkaji perspektif responden berkenaan keganasan rumah tangga terutamanya dalam kalangan pengguna-pengguna
opiat di Malaysia khususnya di Terengganu seterusnya kesan penagihan dadah terhadap keharmonian rumah tangga.
Kaedah pengajian prospektif telah dijalankan dalam tempoh enam bulan ke atas 30 orang penagih opiat yang sedang
menerima rawatan Terapi Gantian Metadon (TGM) di sekitar Kuala Terengganu dengan menggunakan borang kaji
selidik. Analisis deskriptif digunakan untuk menganalisis data dalam kajian kuantitatif. Kajian ini menggunakan
perisian SPSS versi 22.0%.Hasil kajian memfokuskan hubungan kekeluargaan, perlakuan, tingkah laku serta emosi di
antara respondan dan pasangan. Keputusan menunjukkan bahawa hampir 80.0% responden tidak mempunyai sejarah
penderaan sebelum ini dan tidak melakukan keganasan rumah tangga terhadap pasangan mereka. Sebanyak 39.4%
responden sangat bersetuju bahawa keganasan rumah tangga adalah jenayah, berbanding 7.1% responden yang
tidak bersetuju. Seterusnya, data menunjukkan bahawa 36.0% responden bersetuju bahawa layanan mereka terhadap
pasangan berubah setelah mengambil dadah. Data juga membuktikan bahawa sebanyak 22.0% responden merasakan
pasangan mereka berasa risau dan takut apabila bersama mereka. Hasil daripada analisis data menunjukkan bahawa
kebanyakan responden merupakan individu yang mampu menjalani kehidupan normal sebelum pengambilan dadah.
Walau bagaimanapun, setelah pengambilan dadah, perubahan pada tingkah laku dan emosi responden menyebabkan
berlakunya keganasan dalam rumah tangga dan terhadap keluarga. Hal ini seterusnya menyebabkan pasangan berasa
tidak selamat apabila bersama responden. |
---|