Fasa dasar luar Turki: satu kajian di timur laut Afrika sejak 1523M
Dasar luar Republik Turki di Afrika semakin pragmatis sejak 2005. Pencapaian kerajaan Turki di wilayah timur laut Afrika walau bagaimanapun, adalah rentetan hubungan lampau yang dirintis oleh daulah ‘Uthmaniyyah semenjak kurun ke-16M. Oleh itu, objektif artikel ini adalah untuk mengenal pasti perana...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/14782/1/33543-104555-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/14782/ http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1202 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Dasar luar Republik Turki di Afrika semakin pragmatis sejak 2005. Pencapaian kerajaan Turki di wilayah timur laut Afrika walau bagaimanapun, adalah rentetan hubungan lampau yang dirintis oleh daulah ‘Uthmaniyyah semenjak kurun ke-16M. Oleh itu, objektif artikel ini adalah untuk mengenal pasti peranan dan hubungan sejarah ‘Uthmaniyyah dengan dasar luar kerajaan Turki. Kajian kualitatif ini dijalankan melalui kaedah kepustakaan serta berpandukan sumber-sumber berautoriti terutama daripada pihak kerajaan Turki. Maklumat yang diperolehi dianalisis bagi melihat persamaan, dibuat perbandingan serta menghasilkan interpretasi terhadap faktor yang menggerakkan dasar luar tersebut pada setiap fasa.
Kajian mendapati, hubungan ‘Uthmaniyyah dan dasar luar Turki di timur laut Afrika telah melalui tiga tempoh fasa
jatuh dan bangun. Fasa pertama tercetus atas pengaruh individu dalam dasar luar ‘Uthmaniyyah dengan perluasan
wilayah serta menguasai laluan perdagangan. Setelah itu, berkembang kepada fasa organisasi separa-tersusun yang
pada awalnya memberi perhatian kepada dasar perluasan kuasa dan asimilasi tersusun oleh Khedive Mesir, bertukar
kepada kerjasama ekonomi dan kebudayaan sepanjang dekad 1950-an hingga 2000-an. Ketika fasa organisasi tersusun
berlaku simbiosis antara agensi kerajaan dengan agensi bukan kerajaan (NGO) yang merangkumi kesatuan ekonomi dan
kemanusiaan, menyaksikan keberkesanan dasar luar Turki yang semakin matang. |
---|