Strategi pengurusan kewangan mahasiswa berkahwin: kajian perbandingan Malaysia dan Indonesia

Perkahwinan pada usia muda sudah menjadi satu trend dalam kalangan masyarakat sekarang. Malahan anak-anak muda yang belum tamat pengajian dan tidak mempunyai sumber pendapatan tetap juga telah memilih untuk mempunyai keluarga sendiri. Dalam keadaan kos sara hidup yang senantiasa meningkat hari ini...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Zaimah Ramli,, Noor Amarina Mohd Farid,, Sarmila Md Sum,, Azima Abdul Manaf,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/14622/1/39549-125690-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/14622/
http://ejournals.ukm.my/ebangi/issue/view/1269
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perkahwinan pada usia muda sudah menjadi satu trend dalam kalangan masyarakat sekarang. Malahan anak-anak muda yang belum tamat pengajian dan tidak mempunyai sumber pendapatan tetap juga telah memilih untuk mempunyai keluarga sendiri. Dalam keadaan kos sara hidup yang senantiasa meningkat hari ini, strategi pengurusan kewangan yang betul adalah satu keperluan terutama sekali bagi pasangan muda. Hal ini kerana strategi pengurusan kewangan yang betul akan membantu mahasiswa berkahwin semasa masih belajar menangani masalah kewangan yang serius. Namun begitu, strategi pengurusan kewangan yang diamalkan oleh mahasiswa berkahwin masih belum diketahui sepenuhnya. Justeru itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti strategi pengurusan kewangan mahasiswa berkahwin di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia dan di Universitas Bina Darma (UBDI), Indonesia. Kajian menggunakan dua teknik persampelan, iaitu persampelan bebola salji di UKM dan persampelan bertujuan di UBDI. Seramai 50 orang mahasiswa berkahwin disetiap university dianalisis dalam kajian ini. Instrumen pengumpulan data adalah menggunakan borang soal selidik. Analisis deskriptif menggunakan kekerapan, peratus, purata dan sisihan piawai digunakan bagi menggambarkan hasil kajian. Pengukuran tahap strategi pengurusan kewangan dinilai berdasarkan skor purata, iaitu tahap rendah, sederhana dan tinggi. Hasil kajian menunjukkan bahawa strategi pengurusan kewangan mahasiswa berkahwin di UKM dan di UBDI berada pada tahap sederhana. Maka kajian ini menyarankan agar pasangan mahasiswa yang berkahwin ketika masih belajar perlu mengamalkan stategi pengurusan kewangan yang betul bagi membantu pengurusan dan mengawal perilaku kewangan mereka.