Keunikan budaya berniaga wanita Kelantan di bandar Kota Bharu

Institusi pasar bukan sahaja berfungsi sebagai premis kegiatan ekonomi utama kaum wanita di Kota Bharu, Kelantan malah merupakan satu manifestasi keunikan budaya yang dimiliki oleh penduduk tempatan negeri tersebut berbanding negeri-negeri lain. Budaya perniagaan adalah sangat penting dalam melestar...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Norshabiha Ibrahim,, Sharifah Rohayah Sheikh Dawood,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/14587/1/37542-118548-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/14587/
http://ejournals.ukm.my/ebangi/issue/view/1244
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Institusi pasar bukan sahaja berfungsi sebagai premis kegiatan ekonomi utama kaum wanita di Kota Bharu, Kelantan malah merupakan satu manifestasi keunikan budaya yang dimiliki oleh penduduk tempatan negeri tersebut berbanding negeri-negeri lain. Budaya perniagaan adalah sangat penting dalam melestarikan sesebuah ekosistem perniagaan kerana merupakan sumber pendapatan utama golongan wanita sejak turun temurun. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji keunikan budaya perniagaan wanita di Kota Bharu Kelantan sebagai pengusaha produk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Keunikan budaya yang dipamerkan oleh perniaga wanita Kelantan adalah tarikan semulajadi kepada pelanggan sama ada dari dalam atau pun luar negara di mana ia memaparkan satu kelainanan dari segi budaya berniaga. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui instrument soal selidik ke atas 100 orang responden yang terdiri daripada peniaga Pasar. Di samping itu kaedah kualitatif melibatkan 10 orang informan yang ditemubual secara mendalam turut dilaksanakan dengan mengunakan persampelan secara bertujuan melibatkan peniaga pasar, agensi Kerajaan dan swasta seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Kelab Keusahawanan Wanita Kelantan (KUWAK), Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN), dan usahawan yang berjaya. Kajian mendapati terdapat dua perbezaan iaitu dari segi keindahan fizikal pasar dan perbezaan dari segi budaya perniagaan yang ditonjolkan oleh peniaga wanita Kelantan sejak turun temurun. Perbezaan tersebut menjadi keunikan budaya wanita Kelantan dan seterusnya dapat melestarikan perniagaan mereke sehingga kini walaupun dihimpit pelbagai masalah ekonomi.