Pengikisan amalan adat perkahwinan masyarakat Bugis: kajian kes di Kampung Permatang Duku, Pontian, Johor

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti amalan adat perkahwinan dalam masyarakat Bugis dan mengkaji faktor kurangnya amalan adat perkahwinan dalam masyarakat Bugis di Kampung Permatang Duku, Pontian, Johor. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah rujukan, temu bual dan so...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Zurina Abdullah,, Muhammad Abdul Jalal Abdullah,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/14329/1/35431-111085-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/14329/
http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1223
Tags: Add Tag
bugis 1
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti amalan adat perkahwinan dalam masyarakat Bugis dan mengkaji faktor kurangnya amalan adat perkahwinan dalam masyarakat Bugis di Kampung Permatang Duku, Pontian, Johor. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah rujukan, temu bual dan soal selidik. Sebanyak 27 set borang soal selidik diedarkan secara rawak kepada responden dan tiga lagi data diperolehi daripada temu bual. Sebanyak sepuluh soalan ditanya bagi mengenal pasti amalan adat perkahwinan dalam masyarakat Bugis. Enam daripada jawapan memberikan jawapan Tidak Pasti pada jumlah tertinggi. Bagi mengetahui faktor-faktor kurangnya amalan adat perkahwinan dalam masyarakat Bugis di kampung ini, sebanyak sepuluh soalan juga telah dikemukakan. Kajian menunjukkan bahawa kebanyakan masyarakat Bugis di kampung tersebut mengetahui dan pernah mengamalkan adat perkahwinan tersebut. Namun begitu, adat ini kian dilupakan disebabkan faktor masa, kewangan dan asimilasi budaya. Kesimpulannya, masyarakat Bugis perlulah mengekalkan keunikan budaya ini kerana ia merupakan identiti bagi sesebuah kaum.