Pemetaan tapak megalitik di luak tanah mengandung, Negeri Sembilan Darul Khusus

Artikel ini menfokuskan tentang kebudayaan megalit yang wujud di Negeri Sembilan. Objektif penulisan ini bertujuan untuk membincangkan pandangan masyarakat berkaitan dengan kebudayaan megalit dalam kalangan masyarakat tempatan khususnya daripada perspektif sosiobudaya dan etnoarkeologi. Dengan t...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Zuliskandar Ramli,, Shamsuddin Ahmad,, Natasha Edreena Mohamad Nasruddin,, Siti Salina Masdey,, Nur Farriehah Azizan,, Muhammad Shafiq Mohd Ali,
Format: Article
Language:English
Published: Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/14292/1/205-347-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/14292/
http://spaj.ukm.my/jurnalarkeologi/index.php/jurnalarkeologi/issue/view/34
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini menfokuskan tentang kebudayaan megalit yang wujud di Negeri Sembilan. Objektif penulisan ini bertujuan untuk membincangkan pandangan masyarakat berkaitan dengan kebudayaan megalit dalam kalangan masyarakat tempatan khususnya daripada perspektif sosiobudaya dan etnoarkeologi. Dengan taburannya yang tidak menyeluruh di Semenanjung Malaysia kecuali di Negeri Sembilan dan Melaka, serta penemuan dalam jumlah yang kecil di Perak menyebabkan pengetahuan atau pemahaman masyarakat mengenai kebudayaan megalit juga agak terbatas. Selain itu, penulisan ini juga membincangkan tentang taburan tapak megalitik dengan mengunakan kaedah Geografical Information System. Kajian ini menggunakan bahan bertulis di perpustakaan sama ada buku, jurnal atau kertas kerja seminar dan sebagainya. Di samping itu, kajian ini juga menggunakan kaedah etnoarkeologi seperti yang pada kebiasaannya seringkali digunakan oleh sarjana untuk mengkaji sosiobudaya dan kebudayaan megalit. Hasil kajian mendapati wujud pelbagai perspektif masyarakat berkaitan dengan batu megalit atau batu hidup. Antaranya ialah konsep batu hidup dikaitkan dengan andaian ia ada ‘roh’, seolah-olah ia hidup. Namun realitinya, konsep ‘batu hidup’ yang dimaksudkan adalah wujudnya pelbagai upacara ritual, sajian, penyembahan atau semah, kepercayaan adanya kuasa luar biasa atau super natural, rasa penghormatan dan sebagainya yang melingkari kehidupan masyarakat pada masa tersebut. Fenomena ini secara tidak langsung telah menyebabkan tradisi batu megalit atau batu hidup terus berkembang dalam kalangan masyarakat.