Sifat malu dalam kerangka akhlak Melayu

Sifat malu membawa dua makna iaitu sama ada baik (positif) atau pun buruk (negatif). Sisi negatif sifat malu sering dianggap sebagai antara faktor penyebab masyarakat khususnya Melayu bersikap pasif, pendiam, rendah diri, tidak asertif dan tiada keberanian diri. Manakala sifat malu yang baik (pos...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Zarina Muhamad,, Akmaliza Abdullah,, Ratna Roshida Ab Razak,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/14277/1/36896-116370-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/14277/
http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/1239
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sifat malu membawa dua makna iaitu sama ada baik (positif) atau pun buruk (negatif). Sisi negatif sifat malu sering dianggap sebagai antara faktor penyebab masyarakat khususnya Melayu bersikap pasif, pendiam, rendah diri, tidak asertif dan tiada keberanian diri. Manakala sifat malu yang baik (positif) adalah berkaitan dengan tingkah laku yang bersopan sehinggalah membawa kepada memelihara martabat kemanusiaan dan kehormatan bangsa. Justeru itu, tujuan makalah ini adalah untuk mengupas bagaimana sifat malu menzahirkan akhlak serta budi pekerti yang baik dan mulia dalam pandangan alam Melayu serta kedudukan malu sebagai kerangka akhlak masyarakat Melayu. Kaedah kajian yang digunakan adalah pendekatan analisis kandungan serta penelitian kepustakaan terhadap beberapa karya tokoh Melayu sama ada berbentuk prosa, puisi, kiasan, pantun, hikayat serta cerita Melayu. Hasil kajian mendapati penzahiran sifat malu dalam jiwa dan tindakan dalam pandangan alam Melayu berkait rapat dan bersepadu dengan konsep-konsep penting yang terpancar dalam kata kunci akal, ilmu, hati (qalb), agama, adab, bahasa dan jahat. Kajian juga mendapati sifat malu dalam masyarakat Melayu turut mempunyai kedudukan sebagai mekanisme pembendung diri daripada melakukan tingkah laku yang tidak baik, sebagai kesantunan dan lambang kehidupan bermoral serta sebagai maruah dan kehormatan diri dan bangsa.