Peranan mitos dalam masyarakat Orang Asli Kampung Peta, Endau, Mersing, Johor
Mitos merupakan satu bentuk kepercayaan dalam sesebuah masyarakat yang terbentuk daripada kisah yang lahir secara semula jadi dalam pelbagai aspek penceritaan lisan sesebuah masyarakat seperti masyarakat Orang Asli. Mitos sering dianggap sebagai tidak penting dan diketepikan dalam kehidupan masyar...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/14272/1/jatma-2020-0801-07.pdf http://journalarticle.ukm.my/14272/ http://www.ukm.my/jatma/jilid-8-bil-1/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Mitos merupakan satu bentuk kepercayaan dalam sesebuah masyarakat yang terbentuk daripada kisah yang lahir
secara semula jadi dalam pelbagai aspek penceritaan lisan sesebuah masyarakat seperti masyarakat Orang Asli. Mitos
sering dianggap sebagai tidak penting dan diketepikan dalam kehidupan masyarakat moden pada hari ini. Namun
jika diteliti, mitos dalam masyarakat Orang Asli mempunyai kaitan yang tersendiri dengan sains tabii. Kajian ini
mengetengahkan peranan mitos dalam masyarakat suku Orang Asli Jakun, Kampung Peta, Mersing, Johor sebagai satu
warisan dan medium penting dalam kehidupan mereka yang terkait dengan sains tabii sejak turun temurun. Kajian ini
menggunakan pendekatan kualitatif, yang menggunakan kajian pustaka dan kajian lapangan bagi pengumpulan data
mitos melalui kaedah temu bual bersemuka. Mitos yang didokumenkan kemudiannya dibahagikan kepada lima jenis
iaitu [1] flora, [2] fauna, [3] serangga, [4] orang / dewa dan [5] tempat. Secara keseluruhan, sejumlah 101 mitos
telah dapat didokumenkan dalam kajian ini. Mitos berkaitan flora, fauna dan serangga merupakan adalah antara
yang paling banyak didokumenkan. Kajian ini juga mendapati bahawa mitos mempunyai peranan dalam kalangan
masyarakat Orang Asli sebagai medium untuk mengikat kesetiaan, menjaga keselamatan dan memberi pendidikan
tidak formal dalam masyarakat. Ia juga mempunyai potensi untuk dijadikan sebagai produk pelancongan budaya bagi
masyarakat Orang Asli. Justeru itu, kajian ini membuktikan bahawa mitos mempunyai peranan yang penting dalam
pembentukan budaya Orang Asli di Kampung Peta dan ia juga merupakan warisan yang perlu dilestarikan untuk
generasi Orang Asli di masa hadapan. |
---|