Penguasaan sintaksis bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Melayu di Universiti Putra Malaysia

Kajian ini memfokuskan penguasaan sintaksis bahasa Melayu yang melibatkan pelajar tahun akhir Bahasa dan Linguistik Melayu di Universiti Putra Malaysia. Hasil daripada tinjauan awal mendapati bahawa, kebanyakan daripada pelajar tahun akhir tidak menguasai komponen bahasa Melayu yang dipelajari dan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Siti Khodijah Che Mee,
Format: Article
Language:English
Published: Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/14271/1/jatma-2020-0801-06.pdf
http://journalarticle.ukm.my/14271/
http://www.ukm.my/jatma/jilid-8-bil-1/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini memfokuskan penguasaan sintaksis bahasa Melayu yang melibatkan pelajar tahun akhir Bahasa dan Linguistik Melayu di Universiti Putra Malaysia. Hasil daripada tinjauan awal mendapati bahawa, kebanyakan daripada pelajar tahun akhir tidak menguasai komponen bahasa Melayu yang dipelajari dan hanya mengambil subjek bahasa untuk memenuhi kursus yang ditawarkan oleh pihak universiti. Sememangnya, bahasa percakapan amat mudah digunakan tetapi bahasa penulisan banyak melibatkan rumus yang tertentu dan perlu dipatuhi. Bahasa Melayu amat mementingkan pembinaan ayat yang betul dalam menghasilkan penulisan yang baik. Kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap pengetahuan yang sedia ada dalam diri pelajar tentang penggunaan sintaksis untuk membentuk ayat yang mematuhi sistem tatabahasa. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap penguasaan sintaksis bahasa Melayu dan menganalisis kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar tahun akhir yang major Bahasa dan Linguistik Melayu. Kajian ini akan melibatkan kaedah perpustakaan, kaedah lapangan, kaedah soal selidik dan soalan penilaian. Responden untuk kajian ini melibatkan 50 orang pelajar tahun akhir yang mengambil kursus Bahasa dan Linguistik Melayu di Universiti Putra Malaysia. Hasil dapatkan kajian dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Penyelidikan ini penting kepada pensyarah bahasa Melayu, pelajar di IPTA khususnya pelajar Linguistik Melayu, guru bahasa Melayu dan golongan professional. Oleh itu, pentingnya kajian tentang sintaksis bahasa Melayu untuk melahirkan graduan yang berkualiti dan cemerlang dalam bidang bahasa.