Penyeludupan senjata api di sempadan Malaysia-Thailand dan ancamannya ke atas keselamatan insan

Rantau Asia Tenggara berhadapan pelbagai konflik bersenjata dan peperangan. Keadaan bertambah buruk dengan lambakan senjata api pasca Perang Dingin. Malaysia tersepit di antara jiran yang berkonflik dengan kedudukannya di laluan perairan perdagangan utama dunia tidak terkecuali daripada menerima tem...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rafidah Dahari,, Nor Azizan Idris,, Zarina Othman,
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/14255/1/36286-114454-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/14255/
http://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1229
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Rantau Asia Tenggara berhadapan pelbagai konflik bersenjata dan peperangan. Keadaan bertambah buruk dengan lambakan senjata api pasca Perang Dingin. Malaysia tersepit di antara jiran yang berkonflik dengan kedudukannya di laluan perairan perdagangan utama dunia tidak terkecuali daripada menerima tempias aktiviti jenayah rentas sempadan penyeludupan senjata api kecil dan ringan (SKR). Pelaksanaan undang-undang senjata api yang ketat di Malaysia seakan tidak berbisa dengan kemasukan haram SKR secara berterusan melalui sempadan darat dan perairan negara. Objektif artikel ini adalah untuk membincangkan konsep keselamatan insan, faktor-faktor yang mempengaruhi aktiviti penyeludupan SKR ke Malaysia serta ancamannya ke atas keselamatan insan. Kajian dijalankan secara kualitatif di mana data primer diperolehi melalui kaedah temubual bersama agensi penguatkuasaan dan keselamatan Malaysia dan Thailand, pesalah senjata api, pemberi maklumat dan organisasi bukan kerajaan, kerja lapangan di dalam negara dan sempadan Malaysia-Thailand, kaedah kepustakaan dan analisis dokumen. Kajian ini mendapati bahawa faktor dalaman dan faktor luar telah mempengaruhi peningkatan penyeludupan SKR dan jenayah berkaitannya yang mampu menggugat keselamatan insan di Malaysia.