Pentadbiran dana wakaf Hospital Fatih, Istanbul (1470M-1824M)

Hospital wakaf merupakan hospital yang memberikan khidmat rawatan percuma disamping memberikan keperluan lain kepada masyarakat. Ia diwujudkan untuk memberi kemudahan kepada masyarakat terutamanya untuk golongan yang kurang berkemampuan dan golongan miskin. Kewujudannya dalam dunia Islam memberikan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ermy Azziaty Rozali,, Nur Ainul Basyirah Alias,
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/14247/1/33461-104317-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/14247/
http://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1201
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Hospital wakaf merupakan hospital yang memberikan khidmat rawatan percuma disamping memberikan keperluan lain kepada masyarakat. Ia diwujudkan untuk memberi kemudahan kepada masyarakat terutamanya untuk golongan yang kurang berkemampuan dan golongan miskin. Kewujudannya dalam dunia Islam memberikan impak positif terutamanya dalam soal kebajikan rakyat daripada pemerintah. Antara hospital wakaf yang terawal dibina di Istanbul iaitu pusat pentadbiran kerajaan ‘Uthmaniyyah ialah Hospital Fatih. Artikel ini membincangkan tentang pentadbiran dana wakaf bagi Hospital Fatih di Istanbul yang beroperasi pada tahun 1470M-1824M. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan metode kualitatif yang berbentuk kajian sejarah manakala, kaedah pengumpulan data pula menggunakan kaedah analisis dokumen. Hasil kajian ini mendapati Hospital Fatih mendapat dana wakaf daripada institusi wakaf Sultan Mehmet II. Melalui dana wakaf ini, pelbagai kegiatan hospital dapat dijalankan secara sistematik termasuklah pembayaran gaji harian doktor, jururawat dan para petugas di Hospital Fatih. Namun begitu, hospital ini telah menghentikan operasinya pada pertengahan abad ke-19M kerana beberapa faktor tertentu, seperti gempa bumi yang memusnahkan sebahagian besar bangunan hospital. Selain itu, perubahan sistem pengurusan wakaf di Istanbul juga merupakan salah satu faktor hospital ini tidak lagi memberikan perkhidmatannya kepada masyarakat.