Ketokohan Sheikh Abdul Qadir al-Mandili dalam bidang hadis

Sheikh Abdul Qadir al-Mandili merupakan ulama terkenal di alam Melayu Nusantara. Ketokohan beliau terserlah melalui penghasilan karya penulisannya dalam pelbagai disiplin ilmu. Beliau boleh dikategorikan sebagai seorang ulama yang produktif dalam menghasilkan karya. Selain itu, keizinan yang diperol...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Al Firdaus Awang Kesah,, Fadlan Mohd Othman,, Latifah Abdul Majid,
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Kelestarian Turath Islami, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/14236/1/93-191-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/14236/
http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/issue/view/10
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sheikh Abdul Qadir al-Mandili merupakan ulama terkenal di alam Melayu Nusantara. Ketokohan beliau terserlah melalui penghasilan karya penulisannya dalam pelbagai disiplin ilmu. Beliau boleh dikategorikan sebagai seorang ulama yang produktif dalam menghasilkan karya. Selain itu, keizinan yang diperolehi beliau untuk menyampaikan ilmu dalam al-Masjid al-Haram yang merupakan pusat ilmu pada waktu tersebut membuktikan kealiman serta ketokohan beliau diperakui. Oleh yang demikian, kajian ini akan mengetengahkan ketokohan Sheikh Abdul Qadir al-Mandili di dalam ilmu keislaman dengan difokuskan kepada ilmu hadis. Kajian itu bertujuan untuk melihat sejauh mana penguasaan beliau dalam ilmu tersebut. Perbincangan mengenai penggunaan, pemilihan serta penulisan hadis dalam karya-karya beliau menjadi fokus utama kajian ini. Reka bentuk kajian yang akan digunakan bagi mencapai objektif ialah menggunakan kaedah kualitatif dengan mengaplikasikan kaedah analisis kandungan karya-karya beliau yang merupakan data primer di dalam kajian ini, dan analisis data dilakukan secara deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa Sheikh Abdul Qadir al-Mandili mempunyai ketokohan dalam bidang hadis, bahkan beliau turut menyumbang kepada khazanah hadis Nusantara berdasarkan peninggalan karya hadis beliau.