Perspektif sosiologi Bidayuh terhadap Gerakan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM)

Ketidaksamarataan sosial atas dasar diskriminasi, peminggiran dan pengasingan hingga menimbulkan jurang kemiskinan antara negeri dan wilayah seringkali dibangkitkan dalam hubungan antara negeri dan kerajaan persekutuan. Dalam masa yang sama, polemik ini kemudiannya dihangatkan lagi dengan perjanjian...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Novel Lyndon,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/14214/1/36212-114169-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/14214/
http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1226
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Ketidaksamarataan sosial atas dasar diskriminasi, peminggiran dan pengasingan hingga menimbulkan jurang kemiskinan antara negeri dan wilayah seringkali dibangkitkan dalam hubungan antara negeri dan kerajaan persekutuan. Dalam masa yang sama, polemik ini kemudiannya dihangatkan lagi dengan perjanjian tentang status dan hak antara negeri dan kerajaan persekutuan menurut perundangan dalam pembentukan sesebuah negara bangsa. Objektif utama kajian ini ialah untuk meneliti perspektif etnik Bidayuh terhadap Gerakan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) berdasarkan imaginasi sosiologi dimensi diskriminasi, peminggiran dan pengasingan sebagai rakan kongsi dalam pembentukan negara Malaysia berasaskan Perjanjian 1963. Strategi penyelidikan abduktif menggunakan teknik pengumpulan data secara kualitatif iaitu temubual mendalam dan perbincangan kumpulan terfokus telah digunakan. Sejumlah 50 orang etnik Bidayuh di Bahagian Serian telah terlibat dalam kajian ini menggunakan persampelan berstrata dan bertujuan. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga perspektif utama yang diutarakan oleh etnik Bidayuh di Bahagian Serian tentang Gerakan Sabah Sarawak Keluar Malaysia iaitu untuk menuntut hak sebagai rakan sekutu dalam Pembentukan Negara Malaysia yang telah termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan desakan terhadap kerajaan persekutuan supaya menghormati 18 perkara untuk Sarawak yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan sebagai landasan untuk menyuarakan perasaan tidak puas hati terhadap pentadbiran kerajaan pusat yang berterusan menganaktirikan pembangunan rakyat di kedua-dua buah negeri ini. Kesimpulannya, pandangan ini timbul disebabkan oleh sikap kerajaan persekutuan itu sendiri yang masih lagi tidak mengimplimentasikan hak dan status negeri Sarawak dalam konteks perundangan sebagai rakan sekutu dalam pembentukan negara Malaysia.