Perubahan politik dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14, 2018 di Malaysia

Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, 2018 telah berlangsung pada 9 Mei 2018 dengan aman dan tenang namun penuh ‘dramatik’. Keputusan politik rakyat Malaysia tersebut menunjukkan bahawa buat pertama kali dalam sejarah politik pilihan raya di negara ini bahawa berlakunya perubahan politik iaitu Barisan Nasi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Junaidi Awang Besar,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/14213/1/36211-114168-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/14213/
http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1226
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, 2018 telah berlangsung pada 9 Mei 2018 dengan aman dan tenang namun penuh ‘dramatik’. Keputusan politik rakyat Malaysia tersebut menunjukkan bahawa buat pertama kali dalam sejarah politik pilihan raya di negara ini bahawa berlakunya perubahan politik iaitu Barisan Nasional (BN) telah tewas kepada pakatan pembangkang yang menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau dengan gelaran Pakatan Harapan (PH) dan Parti Warisan Sabah dengan 122 kerusi Parlimen, 79 kerusi Parlimen dimenangi BN serta PAS yang bertanding bersendirian hanya mendapat 18 kerusi Parlimen. Keputusan PRU 2018 yang dilihat ‘luar biasa’ ini menunjukkan bahawa wujudnya satu ‘gelombang’ atau kebangkitan rakyat/pengundi yang dilihat sebagai ‘silent voters’ telah meranapkan penguasaan BN terhadap Kerajaan Malaysia sejak 63 tahun yang lalu. Justeru adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis perubahan politik dalam PRU 2018. Metod yang digunakan dalam penulisan artikel ini adalah rujukan data primer iaitu keputusan PRU 2018 manakala rujukan data sekunder adalah daripada sumber bercetak dan juga maklumat atas talian untuk mengukuhkan analisis mendalam bagi penulisan artikel ini. Dapatan dan perbincangan kajian menunjukkan bahawa tekad untuk jatuhkan BN, faktor ekonomi/beban/kos sara hidup rakyat, kerosakan imej atau personaliti/peribadi pemimpin dan parti, kesepaduan Pakatan Harapan, peranan media sosial, pengaruh Tun Dr. Mahathir, pengaruh 1.4 juta pengundi baru/muda dan perang persepsi telah berjaya membentuk satu gelombang yang akhirnya telah menumbangkan BN dalam PRU 2018. Justeru keputusan PRU tersebut menunjukkan bahawa ilmu politik bersifat dinamik dan berseni serta tiada yang mustahil dalam sesuatu proses politik.