Pandangan pesakit wanita HIV terhadap kematian

Penularan wabak Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan Acquired Immune Deficiency Syndrome (AIDS) yang melibatkan kaum wanita di seluruh dunia kini menjadi kebimbangan baharu kerana peningkatan bilanganya setiap tahun. Di Malaysia, penularan wabak ini juga turut meningkat terutamanya yang melibatkan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mashrom Muda,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/14212/1/36210-114167-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/14212/
http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1226
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penularan wabak Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan Acquired Immune Deficiency Syndrome (AIDS) yang melibatkan kaum wanita di seluruh dunia kini menjadi kebimbangan baharu kerana peningkatan bilanganya setiap tahun. Di Malaysia, penularan wabak ini juga turut meningkat terutamanya yang melibatkan golongan suri rumah dan gadis remaja. Golongan wanita berisiko tinggi menyebarkan HIV positif kepada orang lain melalui hubungan seks (suami HIV negatif) dan bayi dalam kandungan. Wanita yang dijangkiti HIV positif mempunyai pandangan yang berbeza terhadap apa yang berlaku dan kebanyakan pandangan-pandangan ini bersifat negatif. ‘Kematian’ adalah pandangan yang paling banyak diperkatakan oleh wanita yang menghidap HIV positif. Pandangan-pandangan yang diberikan oleh penghidap wanita ini memerlukan satu perbincangan tentang mengapa mereka beranggapan sedemikian. Sehubungan dengan itu, artikel ini bertujuan untuk membincangkan bentuk-bentuk pandangan oleh wanita Melayu setelah disahkan sebagai penghidap HIV positif. Kajian ini menggunakan data primer dan data sekunder. Data primer diperoleh melalui temubual secara mendalam kepada 20 orang informan terdiri daripada wanita telah dijangkiti HIV positif yang menetap di sekitar Besut (Terengganu), Pasir Puteh, Bachok dan Kota Bharu (Kelantan). Manakala data sekunder berbentuk kajian lepas, jurnal-jurnal dan statistik telah digunakan. Kajian ini mendapati bahawa, rata-rata informan memberi pandangan negatif dan mengaitkan HIV positif dengan ‘kematian’ serta perkara negatif lain seperti jangkitan ‘orang benci’, ‘orang hina’ dan ‘orang malu’. Kekurangan maklumat atau mendapat maklumat yang salah menjadi punca kepada pandangan ini. Baik atau buruk pandangan oleh penghidap boleh mempengaruhi proses pemulihan dan pemerkasaan diri mereka.