Ulasan amalan saling boleh kendali sistem maklumat enterpris (EIS) di sektor awam

Sistem maklumat yang berkebolehan saling kendali penting bagi membolehkan organisasi menyedia perkhidmatan yang baik kepada pengguna. Ia dapat memberi impak dan pulangan yang berkesan kepada agensi kerajaan terutamanya melibatkan kecekapan mengurus sistem maklumat dan penjimatan masa dan kos. Namun,...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Zanora Zainon,, Dalbir Singh,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/14161/1/33904-113428-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/14161/
http://ejournals.ukm.my/apjitm/issue/view/1211
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sistem maklumat yang berkebolehan saling kendali penting bagi membolehkan organisasi menyedia perkhidmatan yang baik kepada pengguna. Ia dapat memberi impak dan pulangan yang berkesan kepada agensi kerajaan terutamanya melibatkan kecekapan mengurus sistem maklumat dan penjimatan masa dan kos. Namun, pelaksanaan dan proses kerja yang melibatkan saling boleh kendali sistem maklumat sektor awam masih kurang diberi tumpuan. Isu utama yang dikenal pasti adalah kesukaran pelaksanaan integrasi antara sistem legasi atau sistem baharu; Keberulangan transaksi atau urusniaga yang sama dalam pelbagai sistem terutamanya melibatkan sistem legasi atau sistem terpencil; Perbezaan platform pangkalan data; Kesukaran melaksana proses reka bentuk semula sistem; dan tiada standar penggunaan meta data, model data dan skema pangkalan data yang lengkap yang boleh dirujuk. Ia menghalang pelaksanaan tadbir urus yang baik dan menyumbang kepada kelemahan dalam proses pembuatan keputusan yang kurang tepat di sektor awam. Oleh itu, kajian lebih mendalam dan menyeluruh perlu dijalankan bagi mengenal pasti faktor kejayaan yang menyumbang kepada saling boleh kendali sistem maklumat enterpris di sektor awam. Kaedah kajian adalah secara kualitatif. Kajian ini menggunakan instrumen analisis kandungan dokumen. Kajian mendapati faktor dan elemen saling boleh kendali dikelaskan mengikut peringkat saling boleh kendali iaitu (i) Organisasi; (ii) Teknikal; dan (iii) Semantik. Kemudiannya, dijadikan asas rujukan bagi membangunkan garis panduan menyeluruh berdasarkan faktor kejayaan dan elemen yang telah digariskan. Diharapkan faktor yang digariskan ini boleh menyumbang kepada pembangunan sistem maklumat enterpris di sektor awam yang menitikberatkan konsep saling boleh kendali.