Tema kepentingan kepelbagaian gadjet dan komunikasi digital

Masyarakat hari ini memahami bahawa teks boleh dipindahkan ke bentuk media baru dengan bantuan Internet seperti e-book, blog, dan media sosial. Mereka boleh memuat turun seberapa banyak bahan bacaan digital mengikut keperluan dan kaedah ini terbukti lebih bersifat mesra pembaca, murah, cepat dan mud...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Maznida Mahadi,, Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali,, Salinah Ja’afar,, Mawar Safei,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13928/1/36835-116404-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13928/
http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1235
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Masyarakat hari ini memahami bahawa teks boleh dipindahkan ke bentuk media baru dengan bantuan Internet seperti e-book, blog, dan media sosial. Mereka boleh memuat turun seberapa banyak bahan bacaan digital mengikut keperluan dan kaedah ini terbukti lebih bersifat mesra pembaca, murah, cepat dan mudah kerana mereka tidak lagi perlu memikul beban membawa buku fizikal yang berat ke mana-mana sahaja. Kebolehupayaan komunikasi digital untuk mengkomersialkan sesuatu perkhidmatan atau jualan tertentu dengan cepat, mudah dan murah telah menjadikan perkara ini diangkat sebagai tema dalam karya sastera, cerpen media baru. Kepentingan penggunaan pelbagai gadjet serta keberkesanan komunikasi digital mengiklan, memasarkan dan mempromosikan sesuatu perkhidmatan menjadikan hal ini mendominasi keseluruhan tema cerpen media baru. Persoalannya, bagaimanakah pengkarya mencerna, mengadun dan mengolah tema kepentingan kepelbagaian gadjet dan komunikasi digital ini dalam cerpen media baru supaya menarik dan terserlah kekuatannya? Makalah ini dihasilkan dengan menganalisis cerpen media baru yang memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2017 berdasarkan Teori Estetika Sastera Global. Melalui teori ini, penilaian dilakukan dengan menyatakan dan menghuraikan pengalaman pembacaan cerpen media baru, meneliti aspek keindahan yang terpancar daripada gaya bahasa yang digunakan pengarang, pembinaan struktur karya dan aspek kontekstual yang diungkap oleh pengarang dalam cerpen media baru. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keenam-enam cerpen media baru yang dianalisis mengangkat tema kepentingan kepelbagaian gadjet dan keberkesanan komunikasi digital. Keseluruhan cerpen media baru Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2017, menekankan impak serta manfaat hasil penggunaan gadjet dan komunikasi digital. Walaupun tema yang diangkat pengarang bersifat ‘urban’ tetapi aspek estetika sastera global masih dikekalkan oleh kesemua pengarang.