Ciri psikometrik instrumen laluan kerjaya guru

Struktur laluan kerjaya guru yang baharu diperkenalkan bagi mengekalkan motivasi dan minat guru dalam sistem pendidikan. Objektif kajian adalah mengukur ciri psikometrik Instrumen Laluan Kerjaya Guru versi 1.0 (ILKEG 1.0) yang menggunakan skala lima pemeringkatan. ILKEG digunakan untuk mengukur kece...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Siti Sarah Baharom,, Adibah Abdul Latif,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13872/1/jqma-15-2-paper5.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13872/
http://www.ukm.my/jqma/current.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-ukm.journal.13872
record_format eprints
spelling my-ukm.journal.138722020-01-08T09:22:34Z http://journalarticle.ukm.my/13872/ Ciri psikometrik instrumen laluan kerjaya guru Siti Sarah Baharom, Adibah Abdul Latif, Struktur laluan kerjaya guru yang baharu diperkenalkan bagi mengekalkan motivasi dan minat guru dalam sistem pendidikan. Objektif kajian adalah mengukur ciri psikometrik Instrumen Laluan Kerjaya Guru versi 1.0 (ILKEG 1.0) yang menggunakan skala lima pemeringkatan. ILKEG digunakan untuk mengukur kecenderungan guru dalam memilih laluan kerjaya berdasarkan kompetensi. Ciri psikometrik yang diuji dalam kajian ini meliputi aspek kesahan kandungan, kesahan konstruk, kebolehpercayaan item dan kesesuaian skala. Fasa penetapan konsep dan pembangunan item telah mengenal pasti enam dimensi berkaitan pengukuran kompetensi guru yang dibina berdasarkan Model Pengukuran Kompetensi Guru (terdiri daripada tiga konstruk: Pengetahuan, Kemahiran dan Nilai Profesionalisme), iaitu Pembelajaran dan Pengajaran, Ujian dan Pentaksiran, Pengurusan Bilik Darjah, Pembelajaran Profesionalisme, Kepimpinan Instruksional dan Pembangunan Sumber Manusia. Sebanyak 92 item telah diadaptasi daripada Standard Kompetensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Deskripsi Tugas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Analisis kebolehpercayaan antara penilai digunakan untuk menguji kesahan kandungan ILKEG 1.0. Indeks Fleiss Kappa yang diperoleh mencatatkan nilai persetujuan yang tinggi, iaitu 0.89-1.00 bagi kesemua dimensi. Walau bagaimanapun, dua item dicadangkan untuk ditukar dan 15 item perlu ditambah baik. Kajian ini melibatkan 50 orang guru sekolah menengah yang dipilih secara rawak dari sebuah sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Data dianalisis menggunakan Model Pengukuran Rasch. Dapatan analisis menunjukkan ILKEG 1.0 mempunyai ciri kesahan konstruk yang baik dan kebolehpercayaan yang tinggi, iaitu 0.91 dan indeks pengasingan item 3.16. Kesahan konstruk diperhati melalui i) keseragaman dimensi (julat nilai eigen 1.6-2.1; % varians kasar > 60% dan % varians tanpa penjelasan < 15%); ii) polariti item bernilai positif; dan iii) julat nilai kesesuaian item 0.02-1.62. Hasil penilaian menunjukkan enam item perlu digugurkan dan lapan item yang mempunyai nilai kesesuaian item yang tidak menepati piawaian perlu diperbaiki bagi menyokong ciri kesahan konstruk. Analisis kesesuaian skala pula menunjukkan dua julat kategori didapati mempunyai nilai perbezaan struktur kalibrasi < 1.4, seterusnya menyumbang kepada pembangunan ILKEG versi 2.0 yang terdiri daripada 86 item dengan skala tiga pemeringkatan. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019-12 Article PeerReviewed application/pdf en http://journalarticle.ukm.my/13872/1/jqma-15-2-paper5.pdf Siti Sarah Baharom, and Adibah Abdul Latif, (2019) Ciri psikometrik instrumen laluan kerjaya guru. Journal of Quality Measurement and Analysis, 15 (2). pp. 47-58. ISSN 1823-5670 http://www.ukm.my/jqma/current.html
institution Universiti Kebangsaan Malaysia
building Tun Sri Lanang Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Kebangsaan Malaysia
content_source UKM Journal Article Repository
url_provider http://journalarticle.ukm.my/
language English
description Struktur laluan kerjaya guru yang baharu diperkenalkan bagi mengekalkan motivasi dan minat guru dalam sistem pendidikan. Objektif kajian adalah mengukur ciri psikometrik Instrumen Laluan Kerjaya Guru versi 1.0 (ILKEG 1.0) yang menggunakan skala lima pemeringkatan. ILKEG digunakan untuk mengukur kecenderungan guru dalam memilih laluan kerjaya berdasarkan kompetensi. Ciri psikometrik yang diuji dalam kajian ini meliputi aspek kesahan kandungan, kesahan konstruk, kebolehpercayaan item dan kesesuaian skala. Fasa penetapan konsep dan pembangunan item telah mengenal pasti enam dimensi berkaitan pengukuran kompetensi guru yang dibina berdasarkan Model Pengukuran Kompetensi Guru (terdiri daripada tiga konstruk: Pengetahuan, Kemahiran dan Nilai Profesionalisme), iaitu Pembelajaran dan Pengajaran, Ujian dan Pentaksiran, Pengurusan Bilik Darjah, Pembelajaran Profesionalisme, Kepimpinan Instruksional dan Pembangunan Sumber Manusia. Sebanyak 92 item telah diadaptasi daripada Standard Kompetensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Deskripsi Tugas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Analisis kebolehpercayaan antara penilai digunakan untuk menguji kesahan kandungan ILKEG 1.0. Indeks Fleiss Kappa yang diperoleh mencatatkan nilai persetujuan yang tinggi, iaitu 0.89-1.00 bagi kesemua dimensi. Walau bagaimanapun, dua item dicadangkan untuk ditukar dan 15 item perlu ditambah baik. Kajian ini melibatkan 50 orang guru sekolah menengah yang dipilih secara rawak dari sebuah sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Data dianalisis menggunakan Model Pengukuran Rasch. Dapatan analisis menunjukkan ILKEG 1.0 mempunyai ciri kesahan konstruk yang baik dan kebolehpercayaan yang tinggi, iaitu 0.91 dan indeks pengasingan item 3.16. Kesahan konstruk diperhati melalui i) keseragaman dimensi (julat nilai eigen 1.6-2.1; % varians kasar > 60% dan % varians tanpa penjelasan < 15%); ii) polariti item bernilai positif; dan iii) julat nilai kesesuaian item 0.02-1.62. Hasil penilaian menunjukkan enam item perlu digugurkan dan lapan item yang mempunyai nilai kesesuaian item yang tidak menepati piawaian perlu diperbaiki bagi menyokong ciri kesahan konstruk. Analisis kesesuaian skala pula menunjukkan dua julat kategori didapati mempunyai nilai perbezaan struktur kalibrasi < 1.4, seterusnya menyumbang kepada pembangunan ILKEG versi 2.0 yang terdiri daripada 86 item dengan skala tiga pemeringkatan.
format Article
author Siti Sarah Baharom,
Adibah Abdul Latif,
spellingShingle Siti Sarah Baharom,
Adibah Abdul Latif,
Ciri psikometrik instrumen laluan kerjaya guru
author_facet Siti Sarah Baharom,
Adibah Abdul Latif,
author_sort Siti Sarah Baharom,
title Ciri psikometrik instrumen laluan kerjaya guru
title_short Ciri psikometrik instrumen laluan kerjaya guru
title_full Ciri psikometrik instrumen laluan kerjaya guru
title_fullStr Ciri psikometrik instrumen laluan kerjaya guru
title_full_unstemmed Ciri psikometrik instrumen laluan kerjaya guru
title_sort ciri psikometrik instrumen laluan kerjaya guru
publisher Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
publishDate 2019
url http://journalarticle.ukm.my/13872/1/jqma-15-2-paper5.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13872/
http://www.ukm.my/jqma/current.html
_version_ 1657565432136073216
score 13.209306